Bismillahirrahmanirrahim...
Isteri Nabi Adam, Hawa melahirkan anak sebanyak 20 kali
Setiap kali melahirkan anak pasti dapat anak kembar (lelaki & perempuan)
Habil + Labuda = kembar
Qabil + Iqlima = kembar
mereka diperintahkan untuk kahwin bersilang
Namun Qabil tidak setuju kerana Iqlima lebih cantik berbanding Labuda
Maka Allah perintahkan mereka untuk membuat korban.....
Habil yang mahir dalam bidang penternakan mengorbankan haiwan peliharaannya yang gemuk dan sihat
Qabil yang mahir dalam bidang pertanian mengorbankan hasil tanaman yang buruk dan rosak
*** Allah telah memilih haiwan peliharaan Habil ***
Qabil tidak berpuas hati dengan keputusan ini dan ditambah pula dengan hasutan syaitan, maka dia mengambil keputusan untuk membunuh Habil.
Boleh refer surah Al-Maidah ayat 27
Dan ceritakanlah (Muhammad) yang sebenarnya kepada mereka tentang kisah kedua putra Adam, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka (korban) salah seorang dari mereka berdua (Habil) diterima dan dari yang lain (Qabil) tidak diterima. Dia (Qabil) berkata, "Sungguh, aku pasti membunuhmu!" Dia (Habil) berkata, "Sesungguhnya Allah hanya menerima (amal) dari orang yang bertaqwa".
dan Al-Maidah ayat 31
Kemudian Allah mengutus seekor burung gagak menggali tanah untuk diperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Qabil berkata, "Oh, celaka aku! Mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, sehingga aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?" Maka jadilah dia termasuk orang yang menyesal.
Wallahu A'lam
No comments:
Post a Comment