Sunday 17 November 2013

Helangkawi :)

Assalamualaikum W.B.T

Muqaddimah hari ini.....

Programme : Accounting Students Conference (ASC) 2013
Date : 8 & 9 November 2013
Venue : deBaron Resort, Langkawi Island

Minggu lepas kami pelajar perakaunan (bukan semua tapi dalam 36 orang macam tu) dijemput untuk join satu conference di Langkawi. Program ini dibawah anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Malaysian Institute of Accountants (MIA). Orang-orang yang mereka jemput untuk bagi talk bukan calang-calang orang. Semuanya orang 'top', hebat-hebat belaka. Jadi banyak lah pengalaman yang mereka kongsikan bersama.

Kisah disebalik conference....

Pada mulanya saya & kawan saya yang aktif (yang mana lagi kalau bukan wani) memang excited nak pergi sebab ingatkan conference tu dalam setengah hari saja. Tapi rupa-rupanya bila dapat tentatif program, jadual sangat pack untuk 2 hari tu. Kami sedikit keciwa disitu. Kikiki ingatkan boleh holiday lawat makam mahsuri, naik cable car, main dengan burung helang kat sana. Tapi semuanya tinggal angan-angan yang tak kesampaian (>.<) heh boleh pulak macam tu

So nak dijadikan cerita kami bertolak dari Jengka dengan bas dalam pukul 3.45pm (Khamis) dan sampai di Langkawi dalam pukul 12pm (Jumaat). Badan ni punyala sakit tapi sebab dah lama tak pergi Langkawi, happy kan lah diri ni jugak (last pergi waktu lawatan sekolah Al-Amin darjah 6). Seusai sampai kami terus dibawa ke dewan dan dengar talk tengahari itu. Lepas habis kami diberi masa sehingga 2.30pm untuk berehat dan makan. Kemudian kena masuk dewan balik dengar talk sampai petang. Kondisi kami? Almaklumlah perjalanan jauh, tidur pun tidur-tidur ayam. Kesannya waktu dengar talk ramai antara kami yang diawang-awangan. Ditambah dengan orang yang bagi talk (orang-orang besar bagi talk tau lah macam mana nadanya), membuatkan kami bagai dibuai mimpi :D

Malam tu ada grand dinner temanya masquerade. Saya ikut tema pakai topeng? tekalah kalau boleh teka. Hihi yang pasti memang best sebab kenyang amaaat. Naik bilik sambung bersembang dengan kawan.

kawan 1 : Ngantuk doe dengar talk petang tadi
kawan 2 : Memang pun. aku tersengguk-sengguk tahan mengantuk
kawan 3 : Boring la. kan best kalau boleh pergi jalan-jalan

Bermula lah perbincangan diluar kawalan.....
kawan 1 : sssssss
kawan 2 : sssssss (setuju)
kawan 3 : sssssss (bertambah-tambah setuju)

Keesokan harinya, kami antara yang terawal turun breakfast (part part makan ni laju ajaa). Lepastu kami bejalan-jalan dekat pantai tangkap gambar dan terjadilah satu perbualan diluar jangkaan. (semalam plan lain, hari ni lain pulak yang jadi)
kawan 1 : Eh dah 8.45am jom lah masuk dewan
kawan 2 : Jom
kawan 3 : Alaaaaa semalam kata tak nak masuk. taknak la ikut korang. korang pergi la dengar talk tu. aku nak ikut orang lain (yang tak nak dengar talk jugak pada asalnya)

Haha sanggup dia tu. Nak tangkap gambar punya pasal.

inilah resortnya..de Baron
Kemudian kami berdua berjalan la menuju ke dewan. Kami tengok dewan tu kosong. Ramai orang tengah makan lagi. Jadi kami keluar semula dan duduk di lobi menunggu orang ramai masuk dewan. Waktu tengah tunggu orang lain, tiba-tiba kawan yang sorang ni datang 'eh korang tak masuk dewan ke'. Kami pun cakap 'belum lagi, tadi dah intai tapi takda orang pun, tu yang tunggu kat sini tu'.

Seperti biasa syaitan menjalankan tugas dia menghasut kami supaya tak masuk dewan
kawan 1 : Eh try mesej kawan-kawan lain. diorang kat mana sekarang. diorang nak dengar talk tu ke?
kawan 2 : Jap nak mesej diorang

**********************

Kata sepakat dicapai ! Plan awal tercapai ! Kami semua fly pergi jalan-jalan dan tak pergi dengar talk tengahari tu. Hehehe kami ni yang suka hati nak rebel againts the rule ni nak kata berani tu tak la. Semuanya nya penakut. Terlalu jarang langgar peraturan. Tapi sebab dah ramai sepakat tak nak dengar talk, tu yang tiba-tiba berani tu. Itulah kali pertama nak buat jahat, time tu jugaklah kami tertangkap. Biasalah orang cakap, selalunya kalau buat jahat first time, cepat je kena. Hehe tapi memang betul pun. Ia terjadi pada kami. Sampaikan madam call sorang-sorang nak detect kami kat mana. Hihi sakina sakina teruk jugak hang nih.

Begitulah serba sedikit kisah kami di Langkawi. Perkara dah tercatit di Luh Mahfuz yang kami pergi Langkawi bukan untuk dengar talk. Hehe boleh pulak cakap camtu. Tapi yang pastinya petang tu dah tak keluar jalan-jalan dah. Kami dengar talk sampai habis dan pulang ke Jengka dengan selamat. Alhamdulillah....

Kesimpulannya apa? siapa yang boleh buat kesimpulan sila-sila lah beri pandangan anda. Cuma saya ada satu pesanan, jangan ikut perangai kami yang teruk ni. Hihi. Saya akhiri dengan dua kata-kata yang tertusuk ke kalbu.

" Discipline is doing what you know needs to be done even though you don't want to "

" You can't achieve any goals without discipline "

Firman Allah S.W.T : "Setiap bencana yang menimpa dibumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (luh mahfuz) sebelum Kami Mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah"

(Al-Hadid : 22)

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment