Friday 6 June 2014

hati-hati ! anda sedang berada didalam zon bahaya :O

Assalamualaikum W.B.T

Saya perhati terdapat beberapa perbezaan yang amat ketara antara syarikat cina dan syarikat melayu. Oleh kerana saya pernah bekerja di syarikat cina dan syarikat melayu....kesimpulan yang panjang dapat disimpulkan....

Pertama. Pekerja yang berbangsa cina sentiasa datang awal ke pejabat. Contoh, waktu pejabat pukul 9.00 pagi, mereka akan tiba pada jam sekitar 8.00 - 8.30 pagi dan yang pastinya sukar untuk melihat mereka tiba melepasi jam 9.00. Berbanding pekerja berbangsa melayu, mereka akan tiba paling awal pun pada pukul 8.58 pagi ! Dan haruslah kena bayar kompaun sebab lewat sampai :O

Kedua. Suasana tempat kerja syarikat cina (chinese company) sunyi, tiada bunyi radio, tidak bersembang kuat-kuat dan sentiasa sibuk melakukan kerja. Berbanding tempat kerja di syarikat melayu, buat kerja 30 minit, makan 45 minit, buat kerja 30 minit, makan dan bersembang 45 minit, dan begitulah seterusnya. Sepanjang waktu pejabat memasang radio dari pagi sampai ke petang (jangan terkejut bila sebuah lagu yang tidak pernah anda dengar....hujung bulan anda pasti sudah boleh menghafal lirik lagu tersebut sejibik sejiban) justtt terfikir kalau ditukarkan dengan memasang ayat al-quran, kiranya hampir satu pejabat boleh jadi huffaz :D

Ketiga. Tiada umpatan tahap kronik didengari di syarikat cina. Kalau ada pun mungkin 25%. Berbanding di syarikat melayu yang hampir 99.9 % umpatan yang terdengar dan sentiasa mendapat saham percuma. Disini saya ingin memberi sedikit tips bagi sesiapa yang tidak suka mendengar umpatan, bila tiba-tiba anda rasa suasana sudah bertukar dari sembang-sembang santai ke sembang-sembang mendapat saham yang merugikan, sila tulikan pendengaran anda seketika (ehh boleh ke ek, haha boleh kan sajaa) atau pun sila beredar dengan begitu sopan secepat mungkin. Kerana saya perhati orang yang banyak mengata orang lain, ramai pula yang mengata tentangnya. Vice versa. 

Keempat. Pekerja berbangsa cina sangat komited dengan kerja atau kalau boleh saya katakan mereka lebih faham istilah amanah. Sangat sangat sangat punctual. Kalau waktu makan habis pukul 2.00 petang, pukul 1.58 semua sudah bersurai dan terus menyambung kerja. Pekerja melayu, mungkin pukul 2.00 tepat baru bersurai. Mungkin.

It's a norm ! Sudah menjadi satu budaya turun temurun !

Kadang-kadang bila tengok balik....mereka pilih pekerja dah bagus dah, menepati semua syarat yang ditetapkan. Tapis punya tapis semata-mata ingin memilih pekerja yang sangat bagus. Ada potensi menaikkan nama syarikat, begitu komited dengan kerja, membuat kerja dengan cekap dan pantas, sangat amanah, tidak menyalahgunakan aset syarikat. Namun akibat budaya turun-temurun yang diturunkan dari pekerja senior, membuatkan mereka yang junior terperangkap dalam budaya itu. Tidak kiralah mereka berbangsa cina atau melayu, budaya itu masih dan sentiasa diamalkan :(

Terbalik pula dengan mereka yang sejak azali sangat amanah dalam kerja. Bila generasi pertama menunjukkan sikap yang sangat bagus, secara automatik generasi berikutnya akan menyusul sikap begitu. Maka lahirlah satu budaya yang sangat effective dan efficient dalam melakukan tugas dan amanah yang diberikan. Tidak kiralah mereka berbangsa cina atau melayu, budaya itu masih dan sentiasa diamalkan :)

~ saya tidak bermaksud menaikkan atau menjatuhkan mana-mana pihak, cukuplah sekadar renungan dan tindakan bijak yang perlu diambil oleh mereka yang bergelar pekerja
~ ada kala hiperbola sangat diperlukan untuk menunjukkan betapa bezanya budaya antara mereka dan mereka dan mereka
~ kita mampu menukar budaya yang kurang bagus itu. Biiznillah....

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment