Sunday 1 June 2014

Siapa kita untuk ter'over' marah?


Assalamualaikum w.b.t

Diceritakan Nabi Ibrahim a.s merupakan seorang nabi yang suka mengembara. Setiap kali singgah di sesebuah perkampungan, baginda akan sembelih kambing dan memberi makan kepada orang kampung. Tujuan utama baginda menjamu orang kampung adalah untuk mengajak mereka menyembah Allah, satu-satunya Tuhan yang layak disembah.

Suatu hari, baginda singgah di sebuah kampung dan seperti biasa membakar kambing untuk dihidangkan kepada penduduk kampung. Seorang tetamu singgah ke kediaman baginda. Tetamu itu dijemput masuk sementara baginda menyediakan minuman di belakang. Apabila baginda keluar ke ruang tamu, didapati tetamu tersebut tiada disitu dan baginda mencari sehinggalah ke luar rumah. Baginda sangat terkejut dan marah melihatkan perbuatan tetamu tersebut yang sedang menyembah api (yang sedang membakar kambing). Baginda lantas menghalau tetamu tersebut akibat perasaan marah yang amat sangat terhadapnya.

Tetamu tersebut pulang dengan perasaan sedih. Lantas turun lah 'teguran' dari Allah s.w.t kepada Nabi Ibrahim a.s tentang perbuatan baginda. Allah berkata "mengapa kamu menghalau tetamu itu? Apakah pantas kamu menghalau tetamu itu disebabkan perasaan marahmu kerana dia menyembah api? Tugasmu adalah untuk menyampaikan, dan Aku yang memberi hidayah. Selama ini Aku yang memberi dia rezeki sedang selama ini dia menyekutukan-Ku !"

Maka tersedarlah Nabi Ibrahim tentang kesilapannya, lalu baginda terus kejar mencari tetamu tersebut, mengajak semula tetamu itu kembali semula kekediamannya.Baginda menceritakan tentang teguran yang diterima dari Allah mengenai perbuatannya sebentar tadi. Lalu menangislah tetamu tersebut dan terus memeluk agama yang dianuti Nabi Ibrahim a.s.

~ sedikit perkongsian yang saya dapat dari mendengar tazkirah 2 minggu lepas
~ mana yang tersilap, tegurlah tanpa rasa was-was :)

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment