Tuesday 24 June 2014

Thobur

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh...

Pernah tak terfikir......

-->  macam mana ek keadaan bila kita semua dibangkitkan nanti? macam mamai baru bangun dari tidur ke.

--> macam mana semua orang bangun serentak jalan menuju ke padang mahsyar? mesti sesak ya amat.

--> macam mana la suasana kat sana nanti. cuaca macam mana? panas sangat ke?

--> kita pakai baju apa ek waktu nak berkumpul ramai-ramai nanti?

--> kita jalan sorang-sorang je ke kesana? tak ada kenalan yang boleh jalan bersama?

--> nanti kalau haus ke lapar ke, ada ke tempat persinggahan nak alas perut?


*****************************************


Daripada Abu Hurairah r.a katanya, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

" Pada hari kiamat, manusia akan dihimpunkan dalam tiga golongan : (iaitu) golongan yang akan berjalan dengan kaki mereka, golongan yang akan menunggang kenderaan dan golongan yang berjalan dengan muka mereka ". Lalu baginda ditanya : Wahai Rasulullah, bagaimana mereka berjalan dengan muka-muka mereka? Baginda s.a.w bersabda : "Allah s.w.t yang telah memperjalankan mereka dengan kaki mereka, Maha Berkuasa untuk memperjalankan mereka dengan muka mereka. Tidakkah dengan wajah mereka itu mereka berasa bimbang dari segala bonjol dan duri?

(Riwayat At-Tirmizi)

Kalau kita baca peristiwa di hari kebangkitan, sangat sangat sangat menakutkan, mencemaskan, merisaukan. Sebab peristiwa itu memang dan Akan berlaku sedang kita tidak tahu apakah nasib kita disana nanti. Cuba bayangkan andai kita pesalah (ketua pengedar dadah terbesar) yang akan menuju ke mahkamah dan kita tahu kita tidak akan terlepas dari hukuman gantung ! boleh bayangkan tak perasaan nak berjalan menuju ke mahkamah tu macam mana? berpeluh, terketar-ketar & mau pengsan berpuluh kali.

Sungguh ! tak dapat saya bayangkan betapa dahsyatnya keadaan itu. Kerana kita tidak akan dimatikan buat kali yang kedua sebaliknya terus kekal dan kekal dan kekal sampai bila-bila. Dan perkara yang paling kena ingat adalah.......tempat yang kita akan tuju ada dua saja, ke syurga atau ke neraka.

~ bayangkan kamu berada di tengah-tengah padang pasir yang amat terik, menunggu giliran amalan kamu yang akan ditayangkan dihadapan seluruh penduduk langit dan bumi.
~ bayangkan 'report card' yang bakal kamu sambut. adakah diambil dengan tangan kanan atau kiri atau dari belakang?
~ bayangkan keputusan yang kamu tengok dalam 'report card' tersebut. adakah kamu lulus untuk ke syurga atau gagal dan ke neraka Allah?

" Dan setiap manusia telah Kami kalungkan (catatan) amal perbuatannya di lehernya. Dan pada hari kiamat Kami keluarkan baginya sebuah kitab dalam keadaan terbuka. " Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada hari ini sebagai penghitung atas dirimu. "
(Al-Isra' : 13-14)

Sahl bin Saad meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Pada hari kiamat, kamu semua akan bercakap-cakap dengan Tuhan kamu tanpa ada perantara ataupun jurucakap, lalu dia melihat di kanannya dan dia hanya dapat melihat seluruh perkara yang dilakukannya. Kemudian dia memandang ke kirinya, begitu juga hanya amalannya sahaja yang dapat dilihatnya. Kemudian dia memandang ke hadapan dan dia melihat neraka berada tepat dihadapannya. Maka takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan (bersedekah) dengan sebelah biji tamar "

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

~ sedikit perkongsian dari mengikuti halaqah mingguan

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment