Sunday 29 June 2014

kawasan rawat dan rehat @ R&R


Assalamualaikum W.B.T

Dulu kawan saya pernah tunjuk satu video kepada saya, tentang pertandingan orang barat.

Syarat pertandingan...
--> Mereka perlu menyanyi sambil berjalan melepasi 5 kotak yang berada dihadapan. Diawal permainan semua kotak itu ditutup rapat. Apabila sahaja mereka mula menyanyi, satu kotak akan terbuka dan mereka perlu menyanyi sambil memasukkan kaki kedalam kotak tersebut. (sambil menyanyi) mereka akan keluar dari kotak pertama, kotak kedua pula akan dibuka dan memasukkan kaki kedalam kotak itu dan begitulah seterusnya sehingga ke kotak yang ke lima.
--> Menariknya, setiap kotak diisi dengan benda-benda atau binatang-binatang yang menggelikan. Sebagai contoh organ-organ binatang yang sudah mereput dan busuk, ulat-ulat kecik sepenuh kotak, serangga yang banyak dan melimpah ruah, sebatalion ular, anak buaya dan lain-lain.

Kalau kamu tengok pertandingan tu, memang menjijikan dan menakutkan. Rasa loya anak tekak bila tengok kaki mereka masuk kedalam setiap kotak yang tersedia. Iyyalkkk.

*************************************

Dari sinilah saya terbayang, macam mana lah keadaan seseorang bila kena tinggal setanah bersama binatang-binatang seperti itu didalam kubur nanti. Yang bezanya, kalau dalam apa jua pertandingan, kebiasaan binatang-binatang itu akan dikeluarkan bisanya dahulu sebelum beraksi. Namun didalam kubur, semua sifat binatang adalah asli, kala jengking dengan bisanya, ular dengan bisanya, ulat semua berebut menggigit manusia yang mendapat kutukan dan kehinaan oleh Allah S.W.T dan para malaikat-Nya. (na'uzubillah min zaalik). Dan bezanya bukan sahaja kaki yang merasa bisanya namun binatang-binatang berbisa dan buas itu akan datang dari setiap penjuru, depan belakang atas dan bawah seluruh anggota badan.

Banyak kisah tentang alam kubur yang diceritakan melalui hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. Kubur adalah tempat persinggahan, sementara menunggu menjelangnya tiupan sangkakala yang pertama. Andai amalan kebaikan banyak dan diterima Allah, insyaAllah kubur itu menjadi satu tempat persinggahan yang sangat menyenangkan penghuninya. Tapi, andai amalan keburukan lebih banyak dan mendapat kutukan dari Allah, kubur itu menjadi salah satu tempat persinggahan yang paling sempit, berbahaya dan sangat teruk.

Saya pernah baca keadaan penghuni neraka di dalam kubur, dimana mereka ini akan diperlihatkan tiap-tiap pagi dan petang tentang kepanasan api neraka yang membuak-buak. Cuba bayangkan kalau kita melihat sesuatu yang mengerikan tiap-tiap hari, macam mana perasaan? Setiap hari diperlihatkan manusia dibakar, kemudian kulit yang hangus bertukar semula menjadi sediakala, kemudian dibakar lagi sehingga rentung dan begitulah seterusnya. Diperlihatkan manusia dipalu dengan besi oleh para malaikat yang garang lagi bengis. Diperlihatkan air panas yang mendidih dicurahkan diatas kepala. Diperlihatkan bahagian sulit ditusuk dengan besi yang panas membara. Allahu Akbar........

Lemah, takut, ngeri, seram, gerun !

---> Dan satu persoalan yang selalu timbul, what left in dunya? the answer is NOTHING !

~ Dunia ini hanya pentas sandiwara, permainan jaa wahai diri. Dan kamu, wahai diri adalah pelakon yang terpilih.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a katanya : "Nabi sallallahu 'alaihi wasallam melalui dua buah kubur. Lalu Baginda bersabda, "Sesungguhnya kedua-dua mayat ini sedang diazab dan bukanlah kedua-duanya diazab sebab dosa yang terlalu besar. Adapun salah seorangnya tidak bersuci daripada kencing dan yang seorang lagi kerana berjalan kesana kemari mengadu domba. Lalu Baginda mengambil pelepah tamar yang basah dan dipatahkan kepada dua bahagian. Kemudian Baginda pacakkan keatas setiap kubur tersebut. Mereka (sahabat-sahabat) bertanya, "Mengapa Tuan berbuat demikian? Baginda menjawab dan bersabda, "Mudah-mudahan diringankan azab kedua-dua mayat ini selama mana kedua pelepah ini belum kering."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pengajaran hadis :
1) Apabila sudah berhadas, bersihkan sebersih-bersihnya bahagian sulit  dan kawasan sekitar jamban. (kalau singgah R&R, dan tiba-tiba terasa pulak nak pergi ke tandas (kena pulak tandas yang bau hancing), jiruskan air disekitarnya sebelum dan sesudah anda melaksanakan hajat ok.
2) Hah sudah terang lagi bersuluh, perihal mulut ! Mulut lagi dan lagi dan lagiii. Wahai mulutku dan mulutmu, berkatalah yang baik atau diam.

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment