Saturday 2 January 2016

Pinjamkan telinga boleh?


Orang yang banyak cakap, tak semestinya ada ramai kawan.

Orang yang pendiam, tak semestinya ada sikit je kawan.

Bagi saya, orang yang mampu mendengar masalah orang lain, mendengar cerita orang, sekalipun tanpa menjawab atau memberi solusi, tapi memadai dengan menunjukkan minat mendengar, dia seorang yang hebat.

Sebab bukan semua sanggup, bukan semua mampu dengar masalah dan cerita orang. Diri sendiri punya masalah pun tak boleh nak settle, inikan pulak orang lain.

*****************************

Saya kagum dengan adik saya. Kitorang mula2 dulu pelik, adik saya ni pendiam tapi ada raaaaaaaamai kawan. (Bukan lah pendiam mana, cuma kurang cakap berbanding dengan mereka kat luar sana)

Tapi fikir balik, memang tak heran la.

Dia ni, kalau saya bercerita dekat dia, dia akan bersungguh sungguh dengar, lepastu bagi respon
---> 'oh yeke'
---> 'pastu apa jadi'
---> 'ha bia betol'

Dia balas sikit je, tapi soalan dia tu membuatkan saya nak bercerita lagi dan lagi dan lagi.

Tapi selalunya kalau saya bercerita, paling banyak respon yang saya dapat ----> 'hahaha'. Dia suka gelakkan saya.

Mungkin, sebab ni dia ada ramai kawan. Dia memberi respon. Dia tunjuk minat mendengar. Bukannya macam kita bercerita dekat dinding. Even kucing pun bagi respon tahu.

Uiiii, tetibe rasa sedih. Ntah kenapa. Rindu kot. Haha

P/s penaja : Antara perkara yang saya benci, orang nampak saya menangis.

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment