Thursday 21 January 2016

Penilaian tahunan


21.01.2016

Terlalu banyak kejadian yang berlaku dekat ofis.

Tragedi paling bahagia hati berbunga bunga..

Bila client dok bising bising marah and start asking 'why you submit our last year account late to CCM'. We got letter (penalty) from CCM last week.

Saya malas nak bertekak. Ambil orange file. Kat situ ada proof siapa bagi reminder, job commencement date, tarikh kita submit account ke audit bila, bila kita clearkan audit queries, siapa yang review account before send back all documents to client.

Ya. Semuanya tertulis. Semuanya ada tarikh.

Nah. Tengoklah. Sebenarnya akaun saudara tuan puan tersangkut kat mana.

Bila saya cek dengan company secretary, rupa rupanya akaun yang terlewat submit ke CCM tu previous previous year punya. Bukannya tahun 2014 (tahun yang saya buat).

Ahhh. Puas hati. Senyum lebar.

Suka Suki nak salahkan orang. Dua kali dah saya kena. Haha. Tapi Alhamdulillah bukan kesalahan akaun tahun yang saya buat.

Scary wooo. Tetibe kena terjah gitu. Tapi seronok jugak bila kita ada bukti.

Balik rumah cerita dekat mak pastu cakap..... Entah berapa kali cakap kat diri sendiri 'I like myself'.

Sirius ! Haha. Jangan fikir bukan bukan. Sebab biasanya bila saya terkecoh kecoh nak kena raise voucher, rupa rupanya last month saya dah buat in advance. Saya dah prepare awal awal benda yang perlu buat untuk next month. So tinggal nak masukkan detail sikit sikit tu je. Takde lah haru sangat. Haha. Banyak kali je senanya. Tiap kali jadi macam tu, akan cakap kat diri 'ahh sukanya diri sendiri,memudahkan diri sendiri'.

Haha. Jangan cop saya psycho sudah !

**************************

Esok bos nak panggil sorang sorang sebab hari tu ada isi evaluation form. Kali ni bukan sorang bos okayy. Dabal. Silap silap triple.

Habis lah saya. Kena komen apa pulak lepasni. Dah lah hari tu grade diri sendiri punya kualiti (4). 4 tu highest mark. Itulah pun satu satu nya yang saya grade 4 kat diri sendiri. Yang lain 3 @ 2. Haha. Habislah. Erghhhh awat lah hang perasan sangat time tu !

Kamu yang membaca wajib doakan benda yang baik baik saja tau yang bakal berlaku kat saya.

Ini satu warning ! (Muka Sirius)

Wallahu A'lam

2 comments: