Saturday 16 January 2016

Company trip kedua :)


Pulau pandan jauh ketengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Erk....

Apa kena mengena company trip dengan pantun kat atas nuh..?

Ok la. Pantun diberi sempena mengenang jasa bos saya yang rajin bawak kami terbang dan jalan jalan. Nak tahu tentatif programnya apa.

Tarikh : 7 - 10 Januari 2016
Destinasi : Thailand
Penginapan : Baron beach hotel Pattaya (3 hari 2 malam), Indra regent hotel (2hari 1 malam)
Peserta : Bukan semua dapat pergi. Hanya 28 orang yang terpilih :( agak menyedihkan. Bagi saya lagi best pergi Langkawi asalkan semua dapat pergi. Hmm. Apa apa pun, Alhamdulillah 'ala kulli haaaal.

Kitorang punya flight hari Khamis tu pukul 8 pagi. Malam nak terbang tu, mata semua orang macam burung jampok. Pastu pagi pagi tarik beg macam zombie. Fikiran tak fokus sebab mengantuk sebab....

Sampai dekat airport Don Mueng, tempat pertama dituju adalah, toilet ! Sorang sorang keluar tandas buat gaya muka macam paw. Public toilet sana tak ada paip air. Syukur la saya tak minum air cup waktu dapat atas flight. Cup tu la kitorang guna buat gayung. Lepas kejadian mencemaskan tu, setiap kali pergi toilet mesti bawak 2 botol mineral dengan cup tu. Orang Malaysia je rasanya yang buat perangai macam tu. Haha. Kawan saya tanya 'kina macam mana diorang boleh selamba je masuk toilet pastu keluar macam tak de apa apa yang berlaku. Tak ke rasa macam basuh tak bersih'. Dah jadi budaya diorang. Istinjak je dengan tisu pastu keluar toilet muka kena confident ! Ngeeee...

Eh cerita pasal ladies pulak. Haa lepas sampai je airport, ada bas jemput kitorang lepastu terus ke Pattaya. First day, tourist guide bawa kitorang pergi Khao kheow open zoo. Ada la sikit kelainan dengan zoo kita (apa yang lain ek, rasanya tengok zirafah harimau kambing, sama je semua. Kaki empat). Ish! Ada beza lah (>.<). Lepastu pergi Art in paradise. Lukisan y nampak real tu. Tapi....ada lukisan yang awak saya mereka patut dan wajib pejam mata.

Benda yang menakutkan dekat Pattaya waktu malam, terlalu lalu lalu ramai mak nyah. Sangat menakutkan. Lelaki kena hati hati waktu malam. Bahaya sangat.

Second day pagi pagi lagi kitorang dibawa ke coral island. Naik speed boat macam naik kuda. Haha. Dah la laju, pastu berlanggar dengan ombak. Orang yang tak tahan, rasanya kena prepare makan ubat tahan muntah. Tapi Alhamdulillah, kitorang semua kebal mabuk laut. On the way ke island tu, lalu dekat kawasan orang main paraglide. Yang bestnya diorang ni ditarik oleh bot. Bukannya diri sendiri yang control. Haha. Seronok tengok. Siap lambai lambai lagi kat depa yang tengah jadi burung jadian.

Pukul 2 kitorang pergi tengok pertunjukan dolphin dekat Pattaya dolphin world and resort. Comel bangett. Ada satu aksi tu sangat kiut. Si tuan dia buat satu gaya ni, lepastu dolphin terus berjoget. Pastu saya terus panggil kawan saya kat sebelah. (Wt, cepat bertindak ! (saya buat gaya tu dengan harapan Wt bergerak macam dolphin). Haha. Jangan terkejut, kawan saya bertindak mengikut arahan ! Dah tertukar sapa dolphin sekarang ni..? :)

Dolphin main bola


Pukul 4 pergi Buddha mountain Khao chi Chan. Tapi saya dan beberapa kawan melayu tak turun bas pun. Dalam 20 minit macam tu terus gerak ke Silverlake yang terletak betul betul dekat sebelah Buddha mountain. Pemandangan kat sini. MashaAllah. Sangat cantik ok. Sesuai la untuk korang tangkap gambar kawen :D

Aihh, tak balik hotel lagi, lepastu kitorang pergi Pattaya park tower. Yang ni ada tiga pilihan. Pertama terbang sorang sorang (macam flying fox tu), kedua terbang berdua (ada la partner sakit jantung sama sama), ketiga terbang ramai ramai maximum 8 orang (macam naik cable car). Pilihan saya...of course la terbang berdua! Haha. Ngeri tahu ! Tapi Alhamdulillah landing baek punyaa. Cece, dah sampai bawah boleh la senyum lebar. Waktu tengah terbang, jangan harap.

Time dinner, tourist guide bawa ke restoran yang serve halal food. Yakin la jugak sebab sebelah tu masjid. Tomyam dia. Fuhhh sangat sedap.

Hari ketiga, bersiap pergi ke Bangkok. Dalam tengahari kitorang pergi Chatuchak market. Kat sini memang kawasan shopping la. Untuk orang perempuan, memang sesuai sangat ditinggalkan dekat sini sehari suntuk.

Malam, sambung lagi shopping tapi dekat dekat area hotel je.

Last day, shopping lagi. Yang geramnya, makin kita jalan dan membeli, makin kita jumpa barang barang yang murah. Saya nasihatkan korang kalau nak membeli baju t-shirt dekat Thailand, cari harga 150 baht kebawah. Percayalah, banyak design yang lawa lawa dengan harga murah. Saya dapat 80 & 60 baht. Kalau jumpa 200 baht keatas, tak yah la beli. Nanti geget jari bila terjumpa design dan kualiti yang sama, tapi harga jauh beza lebih murah.

Pukul 2.30 petang, gerak ke airport. Flight pukul 6 petang. Sampai KLIA 2 pukul 8 malam. Ohh lupa bagi tahu, waktu Thailand sejam lewat dari Malaysia. So kiranya kitorang sampai KLIA pukul 9 malam lah.

Yang paling best, esoknya kerja. Haha. Ramai jugak masuk ofis lewat termasuk saya.

Tu lah ceritanya saya di Thailand. Best la jugak. Cuma kalau diberi pilihan, rasanya saya tak nak pergi sana dah kot. Haha. Tak kena dengan jiwa raga. Cehhhh.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Siapa yang bertuah main handphone atas flight neh. Ngaku cepat !


Next trip ke mana pulak bos?

Heh !

Nota kaki : Betapa bersyukurnya saya duduk dekat Malaysia. Wuwu. Sebab tu la disarankan mengembara. Baru sedar nikmat yang sangat besar ada depan mata T_T

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment