Sunday 8 May 2016

Soalan kesukaan

Bismillah...

Kebiasaan dan keseronokan orang melayu kita, bila seseorang meninggal, pertanyaan pertama....

---> 'apa kata-kata terakhir arwah'...?

Habis diselongkarnya, rekod, cari, gali, catit, framekan kata-kata terakhir.

Lepastu, mula la fikiran dan tindakan bahaya keluar...

---> padan lah arwah cakap macam tu, rupanya nak pergi dah
---> hukhukk. Kenapa la tak ikut je keinginan arwah
---> kenapa ini. kenapa itu. kenapa.....

Sedang hakikat sebenar, saudara saudari itu pernah je tanya soalan tu dua hari lepas, minggu lepas, bulan lepas, tahun lepas.

Hmmmm.

P/s : Moh ler kite ubah cara kita. Catit kata kata mereka yang masih hidup dan tampal dekat dinding dan paling penting hargai dan senangkan hati mereka. Kerana ketika roh sudah dipisahkan dengan jasad, semua nya tiada guna lagi. Semuanya.

Kecuali tiga.

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment