Monday 2 May 2016

Menafikan hak itu lebih teruk rasanya


Perumpamaan.

Ali bagi makanan dekat seekor anjing.

Kat sini ada dua jenis golongan yang memandang perbuatan Ali.

Pertama : Kagum. Memuji. Bangga dengan tindakan Ali.

Kedua : Mengutuk. Mencerca. Menghina. Rasa macam tak patut anjing tu diberi makanan. Kankehar0mmenatangtu...

*****************************

Setahu saya dan pandangan saya.

Anjing itu, yang haram keatas kita adalah terkena air liur dia. Kajian saintifik pun dah buktikan tentang bahaya kuman jilatan anjing. Jadi, yang haramya setakat itu saja lah.

Menafikan haknya sebagai makhluk yang memerlukan makanan sangat kejam ! Erghh..

**************************

Abu seorang ahli politik. Dia juga seorang penceramah bebas.

Pandangan orang awam terhadap ceramah beliau.

Pertama : Ooo. Sirah nabi macam tu rupanya. Baru tahu.

Kedua : (Baru je dengar nama ahli politik yang berlainan dengan dia nak beri ceramah, terus -----> tolak 100%. Tak nak dengar ceramah dia. Not even a single word. Tak Maw Dengar ! Full stop.

**************************

Pandangan saya.

Kalau beliau memang dari ahlinya (pakar sirah), kalau beliau bukan dari parti pilihan kita sekalipun, tapi apa yang beliau sampaikan dari sumber yang sahih,

---> Kenapa perlu kita sumbat telinga dengan jari?

Dengar je lah.

Menafikan beliau sebagai seorang ilmuan sangat kejam okay.

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment