Monday 4 July 2016

Ihfazillah. Yahfazuk.


Alhamdulillah.

Dapat jugak merasa buat akaun syarikat minyak. Mula mula tu risau jugak sebab bila tengok dokumen diorang, memang tak faham. Satu habuk tak faham. Apa kegunaan payment advice yang diorang bagi, apa tu daily information, credit card yang beraneka jenis. Dah la last skali kena buat matching. Nak mula dari mana pun tak tau. Dokumen punya la banyak berkilo kilo. Mau pitam saya kalau tak ada orang mengajar. He he. Gelap.... Gelita.....

Pagi tadi jumpa owner syarikat. Clearkan suspense account. Dalam pada tu, saya rasa macam dengar ceramah pun ada. Best. Terselit cerita cerita dan nasihat berguna.

Kisahnya.....

1) Ahli silap Mata

Saya pergi masjid malam hari tu buat tarawih. Bila balik rumah, sedar sedar handset tak ada dalam poket. Saya rasa mungkin waktu tgh duduk duduk tu, terkeluar kot so saya pergi balik masjid. Cari dekat tempat saya duduk tadi. Sampai je sana, hmmm ghaib. Hilang. Lesap. Dah la hnset tu baru je beli. 

Tu la orang kita. Agama dah Islam dah, tapi akhlak. Kebanyakan nya very selective. 'Uihh haram makan bab1, tapi... Tengok malam malam, dia pegi kelab minum arak. Ramai orang tak ambil cara hidup islam secara menyeluruh. Ambik sekerat sini sekerat sana. Lepastu yang lompong tu, pura pura tak nampak. Halal belaka.

Saya sebenarnya segan nak cakap handset hilang dekat masjid. Bukan ke masjid tu tempat beribadat. Tak ada rasa takut pun dengan Allah. Berani sungguh. Mencuri dalam bulan ramadhan dalam masjid pulak tu.

Orang kita. 

Barang kita tercicir. Bila kita pusing belakang, aikk dah hilang. Macam ahli silap mata.

Awak kalau nak jalan jalan, pergi negara jepun. Tengok budaya diorang. Negara yang majoritinya bukan islam, tapi akhlak. Subhanallah...

Ada sekali tu saya nak masuk satu supermarket. Tempat tu kita tak boleh bawa masuk barang barang lain. Imagine, barang yang saya baru beli, kena letak dekat luar, dah lah tak ada penjaga. 

Tapi, memang hebatlah. Saya shopping dalam tu dua jam lebih. Bila keluar, barang barang saya semua masih ada. Tak berusik. Tak bergerak pun. Barang orang lain pun sama.

Orang jepun dia tak mencuri, membunuh, bukan sebab takut Tuhan. Tapi sebab jaga maruah. Maruah diorang no 1. Sebab tu kalau diorang buat jenayah, riuh sekampung, diorang lebih rela bunuh diri sebab maruah dah tercalar.

Hiuuu......malu beb.

2) Batu jatuh berguling guling

Dari apa yang saya nampak, generasi Y mudah sangat lemah semangat. Kerja dekat syarikat A, sehari je besoknya berhenti. Lompat pulak pergi syarikat B, sebulan je bertahan, lepastu resign sebab bos teruk. Kerja pulak dekat syarikat C, 6 bulan je bertahan sebab rasa gaji sikit. Kerja nak mudah, gaji nak tinggi, liability tak nak ada langsung kalau boleh.... Macam mana? 

Saya selalu pesan dekat anak saya, 'korang jangan la lompat lompat kerja. Stay lama la sikit, baru ada pengalaman berguna. Buat apa dapat tau banyak perkara tapi ilmu tentang sesuatu perkara tu terlalu sikit. Bila masa nak dapatkan pengalaman?'

Ibarat kita baling batu, batu tergolek golek. Tanah antara batu yang tergolek golek dengan batu statik, mana yang lebih banyak melekat dan tahan lama?

Krikk...krikk..

3) Masa.ITU.dibayar

Awak kalau kerja, kerja sungguh sungguh. Jangan curi tulang. Katakan gaji awak dua ribu sebulan. Dua ribu tu untuk bayar awak kerja 180 jam. Kalau awak main Facebook, rehat lama lama dekat surau, duduk dalam tandas lama, tengok youtube, asyik pegi pantry cari makan. Macam mana dengan gaji awak? Katakan 175 jam kerja (Itu pun kalau tak berjalan cari kawan nak bersembang) 5 jam lagi untuk benda benda lain. Agak agak halal 100% ke dua ribu tu sedangkan 180 jam itu hak syarikat?

Ting tong....

****************************

At the moment, dah dua orang saya jumpa. Berpangkat tinggi, berjawatan besar, kaya, dan paling penting...Sangat menjaga solat.

Ini saya lihat sendiri.

They are my boss's clients, that I dealt with.

Nota kaki : Ada hikmah juga keluar pergi ofis orang.

Moga Allah merahmati kalian dan mengurniakan kalian kebaikan didunia dan akhirat.

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment