Tuesday 20 August 2013

Perbezaan pendapat itu suatu rahmat

Assalamualaikum W.B.T

Fitnah dunia kian merebak. Ia ibarat virus yang menular dengan pantas & menyebabkan barah yang sukar diubati. Ada antara para ilmuan yang mengeluarkan hujah-hujah dan berusaha sedaya upaya mempertahankan hujahnya sehingga sanggup memfitnah para ilmuan yang tidak sependapat @ sealiran dengannya.

Perbezaan pendapat itu fitrah. Normal lah ustaz A berbeza pendapat dengan ustaz B. Kebiasaan kita apabila terjadinya perbezaan pendapat, terus menghukum 'ahh kamu mesti di pihak lawan!'. Terlalu cepat melatah. Dalam hal ini sepatutnya kita bersikap berlapang dada. Mana mungkin pendapat saya diterima 100% tanpa sedikit pun yang membangkang. Bukankah Allah S.W.T menciptakan kita berpuak-puak agar kita saling mengenali antara satu sama lain? Pandangan, fikiran, adat resam puak A tidak mungkin sama dengan puak B.

Sebab itu bagi orang awam seperti saya dan anda, dalam kita mencari ilmu belajarlah dengan ramai orang guru. Tujuannya adalah untuk memastikan ilmu yang kita pelajari itu benar-benar sahih dan boleh diamalkan. Masalah kita orang awam apabila 'minat' mendengar ceramah dari ustaz A, habis segala hujah yang dikeluarkan kita terima bulat-bulat. Hujah ustaz B yang bercanggah dengan ustaz A ditolak seratus-peratus dan terus menghukum ustaz tu sesat !

# Belajarlah dengan bermacam-macam guru
# Untuk mengetahui sesuatu ilmu contohnya ilmu fiqah, pastikan guru yang dipilih itu mempunyai latar belakang pendidikan fiqah dan guru kepada gurunya juga mahir bab fiqah (ini yang kita orang awam selalu terlepas pandang)
# Hindarlah rasa 'sudah tahu' kerana itu permulaan penyakit bagi seorang penuntut ilmu
# Jangan terlalu taksub dengan pandangan seorang guru, dengarkan dahulu pandangan guru lain beserta dalil-dalil 'aqli dan naqli yang dikeluarkan
# Buat keputusan berdasarkan dalil-dalil yang sahih
# Beramal lah dengan ilmu yang ada

Saya tertarik dengan satu lagu arab, antara seni katanya ada menyatakan bacalah beraneka buku. Lain orang lain pandangannya. Jangan rosakkan pemikiran kita dengan sifat 'totok' dengan pendapat seorang guru @ seorang penulis. Boleh jadi orang yang dibidas selama ini lebih tepat amalannya dan diterima Allah S.W.T.

~ ini hanya perkongsian dari seseorang yang masih menuntut ilmu
~ sayalah orangnya ^___^

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment