Friday 23 August 2013

kerana ilmu martabat seorang hamba diangkat melebihi raja


Beliau merupakan seorang hamba berkulit hitam, berambut kerinting, hidung pesek dan pincang. Ketika sedang duduk rupanya tidak ubah seperti seekor gagak hitam!

Dialah Ata' bin Rabah, salah seorang tokoh tabi'in terkemuka suatu ketika dahulu. Beliau merupakan anak didik Ibn Abbas yang paling cemerlang. Kehebatan Ata' berpunca dari dalam dirinya yang sentiasa rendah diri dan tawadhu' dalam mencari ilmu. Kelebihan yang ada pada Ata', apabila tidak tahu mengenai sesuatu perkara beliau akan mencari ilmu tersebut. Tetapi seandainya ada orang lain menyampaikan suatu ilmu yang sudah diketahuinya, beliau hanya berdiam dan mendengarnya dengan khusyuk.

Ata' pernah berkata "seringkali seorang pemuda meriwayatkan hadis kepadaku dan aku mendengar ucapannya seolah-olah belum pernah mendengarnya. Padahal aku telah mengetahui hadis itu sebelum orang itu lahir lagi ".

Khalifah ketika zamannya melarang para ulama' lain berfatwa tentang hukum-hakam haji dan manasik selain Ata' bin Rabah. Jika dikaji tentang kisahnya, dapat kita lihat bagaimana seorang raja sanggup merendahkan martabatnya dan mengangkat kedudukan seorang hamba lebih tinggi hanya kerana ilmu yang dimiliki. SubhanAllah...

Hebat bukan Ata' bin Rabah?

Analogi barang yang paling kita sukai, kita pasti akan selalu menyebut-nyebutnya, ingin selalu melihatnya, mengingatnya. Begitu juga dengan ilmu. Hanya kalau kita benar-benar seorang pencinta ilmu, kita akan ulang-ulang membaca ilmu tersebut malah tidak jemu mencarinya.

Ini tidak,siap kutuk-kutuk lagi ilmu tu "ish tak faham kenapa kena belajar subjek nih, apa kaitan dengan kos yang kita ambil?" ai bukan kah itu pun satu ilmu?

Pappp...terkena sebijik penampar dari kisah Ata'. tak segan segan lagi ke sakina oi?? T______T

Jom berusaha mencontohi akhlaq Ata' bin Rabah dalam mencari ilmu :)

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment