Thursday 25 December 2014

warkah buatmu wahai penerima mesej

Assalamualaikum W.B.T

Di pagi yang hening, ketika mana seorang hamba bangun malam beribadah mengingati Allah, diangkat darjat mereka ketempat yang tinggi lagi mulia disisi-Nya. Tahajud. Satu perkataan yang amat mudah disebut, namun agak sukar untuk dilakukan...melainkan bagi mereka yang dipilih Allah, merekalah orang-orang yang beruntung. T________________________T tanam niat. Muhasabah. Muhasabah. Muhasabah.

Firman Allah s.w.t didalam surah An-Nisa' ayat 136


"O you who believe, believe in Allah and His Messenger and the Book that He sent down upon His messenger and the Scripture which He sent down before. And whoever disbelieves in Allah, His angels, His books, His messengers, and the Last Day has certainly gone far astray".

--> Redundant
Cuba perhati ayat pertama, Allah berfirman " Wahai orang-orang yang beriman, berimanlah ". Nampak tak? Warkah dari pengirim kepada penerima. Pengirim suruh beriman dan addressee nya adalah memang orang yang sudah beriman. Pertindihan ayat disitu. Ibarat kita sedang melihat orang yang sedang makan, dan kita cakap, makanlah. Atau kata nama lain nya, bukankah dia itu sedang makan, mengapa kita suruh dia makan. There is a redundancy. Benda yang diulang ulang.

Ayat ini menunjukkan sesuatu yang amat besar. Selepas kita beriman, kita kena sentiasa perbaharui iman. Kerana, iman bukanlah sesuatu yang bersifat tetap, kukuh, padu dan bukan statik. Iman itu sifatnya berubah-berubah. Mengikut peredaran waktu. Ada kala iman seseorang itu tinggi, setinggi langit yang susah digapai, ada kala iman seseorang itu rendah, serendah hamparan tanah yang boleh diinjak-injak.

Hanya ada 2 versi. 
Naiknya iman dengan ketaatan kepada Allah. 
Turunnya iman dengan melanggar perintah Allah. 

Harus kita ketahui, ciri-ciri orang yang beriman adalah dimulai dengan solat, dan diakhiri dengan solat. Berkata seorang ustaz "usah bicara tentang marhalah tarbiyyah mahupun daulah islamiyyah andai solat masih tidak settle dan bermasalah".

Allah berfirman didalam surah Al-Mu'minun ayat 1 dan 2 : "Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang yang khusyuk didalam solat"

Awwalul Aayah disebut beruntung, berjaya lah seseorang. Jadi siapakah dia? Iaitu orang yang khusyuk didalam solat.

--> Akthar vs Ahsan
Buka kamus sat.
Akthar = yang paling banyak
Ahsan = yang paling baik

Didalam surah Al-Mulk ayat 1 dan 2 Allah berfirman "Maha Suci Allah yang Menguasai (segala) kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang Menciptakan mati dan hidup, untuk Menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun".

Allah memberi ganjaran sesuai dengan amalan kita. Didalam al-quran, Allah menyebut "ahsan" iaitu yang paling baik amalnya, bukannya "akthar" yang paling banyak. Semua orang boleh beramal sebanyak mana yang dia mahu, tapi adakah semua amalan itu adalah yang terbaik?

Tidak. Kerana mungkin amal itu sudah dikotori dengan percakapan, perbuatan hatta dicemari dengan hati sendiri.

--> Untuk mendapatkan amal terbaik ada 2 cara

1) Ikhlas kerana Allah
Masihkah belum sampai kepadamu berita tentang amalan seorang hamba Allah dipadang mahsyar? Ketika dia merasakan telah membuat amal yang sangat banyak, namun apabila dibawakan kemuka pengadilan di padang mahsyar, amalnya hilang bak debu yang berterbangan. Wal'iyazubillah. Ini terjadi kerana amalan yang dilakukan itu tidak ikhlas kerana Allah. Ingin meraih perhatian manusia. Ingin disanjung. Ingin dihormati. Maka jadilah amalnya seperti debu, langsung tidak bermanfaat pada diri.

2) Ittiba'
Ikut sunnah. Ibadah kita harus selari dengan apa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Contohnya, secara sedar kita solat subuh 3 rakaat. Adakah solat itu diterima? Tidak. Walau hakikatnya kita buat baik bukannya jahat, siap tambah bilangan rakaat. Tapi ia tetap ditolak kerana tidak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Moga kita lebih berhati-hati dalam beramal dan berusaha memahami mesej yang disampaikan oleh Allah s.w.t kepada kita.

Ingatlah, kejayaan diakhirat adalah kemenangan hakiki.


Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment