Saturday 17 January 2015

hikmah kegemukkan dan bala kekurusan


Dahulu. Dia sangat terkenal. Terkenal dengan seorang yang sungguh seksi, menawan, dan memukau. Ramai orang yang memuji malah memuja kecantikannya. Betik suka mengenakan pakaian yang fit dan muat-muat badan supaya ke'slim'an dia dapat dilihat. Dahulu, dia punya ramai kawan. Suka menjalankan aktiviti riadah dan join aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Siapa tidak kenal betik pasti dicop sebagai orang yang terkebelakang. Orang yang ketinggalan zaman. Hatta nama betik sentiasa bermain dibibir orang-orang tersohor dan berpengaruh.

Namun, kini segalanya berubah. Betik kini, bukanlah betik yang dahulu. Betik kini lebih suka memerap didalam rumah. Enggan bertemu dengan rakan-rakannya. Enggan bekerja. Enggan join aktiviti kemasyarakatan dan yang lebih merisaukan, betik kerap skip makan pagi, tengahari dan malam. Ada kala, betik kerap pitam dan pengsan. Betik berasa sedih dan kecewa. Hampir kesemua cermin yang terdapat didalam rumahnya sudah pecah akibat benci melihat dirinya didalam cermin. Kesemua pakaian lamanya disimpan kerana tidak ada satu pun yang muat untuk dipakai. Betik lebih suka memakai pakaian longgar dan besar. Supaya lemak-lemak yang tepu itu tidak dapat dilihat oleh mata-mata jahat sekaligus mendapat cemuhan malah makian yang sangat menyengat telinganya.

Semuanya gara-gara berat badannya yang kini mencecah 100kg. Betik benci melihat keadaan dirinya yang sekarang. Gemuk gedempol. Rakan-rakan kini menjadi musuh utama. Mereka sering mengutuk dirinya. Betik berasa down dan kemurungan kini menjadi hobinya.

Sehinggalah satu hari, ketika betik keluar mengambil surat dari posmen, dia ternampak sehelai kertas. Tertera besar perkataan "gym yang mampu menurunkan berat badan melampau". Hatinya berbunga-bunga untuk pergi ke sana. Pada hari yang sama, betik telah mendaftar diri untuk mengikuti setiap program yang diadakan di gym tersebut.

******** 6 bulan sudah berlalu *********

Hasilnya?

Sepasang mata kini mula bersinar kembali. Ibarat satu cahaya bersinar dengan begitu terang. Betik sudah kembali langsing. Anggun. Cun wa melecun. 

Betik kembali mencari baju-bajunya yang lama. Baju yang sudah disimpan didalam peti besi dikeluarkan semula. Dia sudah kurus! Muat untuk pakai pakaian lama! Dan betik kembali seksi seperti mana dia sebelum ini!


*************************

Moral of the story?

Haha.

Tiada moral kah?

Kesimpulannya. Kalau dia gemuk, dia mampu mengurangkan dosa dengan memakai pakaian yang menutup aurat. Kerana waktu dia kurus, dia lebih cenderung memakai baju seksi terdedah sana sini. Lelaki free free dapat dosa. Betik dapat dosa, orang yang memandang (dengan pandangan nafsu) juga dapat dosa. Tapi bila dia gemuk, dia lebih suka memakai pakaian longgar. Lelaki sorang pun tak nak pandang. Terpelihara dari dosa kan?

Hazihil hikmah. Hazihil hikmah. 

Jarang sungguh orang melihat hikmah yakni kebaikan disebalik apa yang sedang menimpa diri

Ok itu sahaja cerpen kali ini

Sehingga kita berjumpa lagi

p/s : kisah ini hanyalah rekaan semata-mata

Wallahu A'lam

1 comment: