Thursday 22 January 2015

Orang yang marah sedang .....?


Orang yang marah, sedang mempamerkan kebodohannya. 

Kata-kata ini perlu disimpan dan disemat didalam hati setiap orang. 

Extreme pemarah
Biasanya mereka ini sangat cepat untuk mengeluarkan perkataan kesat lagi keji. Tangan mereka sangat cepat menumbuk, menampar, membaling barang yang ada berdekatannya dengannya. Mata mereka merah menyala, timbul segala urat. Kaki mereka suka menyepak dan menendang kerusi meja pintu. 

Mild pemarah
Mereka masih lagi mampu mengawal marah. Masih mampu mengeluarkan perkataan baik. Tangan seperti dibedung, tidak suka membaling barang. Mata mungkin merah sikit. Kaki pun tidak seaktif golongan extreme pemarah atau mungkin langsung tidak suka menyepak. Sakit kot !


i'm angry now !!!
Saya benci tengok orang marah. Lebih-lebih lagi golongan yang pertama tu. Mulut laser. No insurance !
Hina herdik maki. Tak sakit tekak ke menjerit? Tangan pulak laju sangat nak baling barang. Yang baling-baling ni lagi saya tak boleh terima. Baling buku, baju, fail, laptop, handphone. Tak sayang ke dekat harta tu? Yes. Harta duniawi. Handphone jatuh, pecah berderai, rosak. Lepas tu kena beli baru. Rugi je. Duit tu beb. Baling baju, buku buat sepah sana sini. Akhirnya dia kena kemas jugak. Penat penat.

Saya tidak suka melihat orang kena marah. Lebih-lebih lagi kalau masalah tu boleh settle tak sampai seminit. Chill la der. Rugi masa je nak marah-marah. Orang pun menyampah tengok kita kalau asyik marah. Erk kamu sedar tak yang orang benci?

Orang yang marah sebenarnya memiliki akal yang sungguh lemah !

Cuba waktu ada orang tengah marah, lepastu kita pergi depan muka dia dan cakap :-
----> akal anda lemah, anda tak mampu kawal marah.
Or you might prefer this sentence
----> you are stupidos because you can't control your anger.

 Haha cari masalah !

Itu namanya minta lempangan dan sepakan percuma. Biar dia reda dulu, kemudian cakap baik-baik. Sebab setahu saya orang yang marah ni sebenarnya berpenyakit. Upsss.

Bila ada sesuatu masalah, kecik atau besar. Tidakan kita sepatutnya :-

1) Listen. Istami'
- Dengar masalah sampai habis. Biar orang tu habis cakap dulu dan jangan sesekali memotong percakapannya. Ni masalah baru separuh diceritakan, dah tengking tak tentu hala. Padahal orang tu baru nak share masalah & solusi yang dia sudah dapat. Buat malu je.

2) Quiet. Uskut
- Mulut jangan bercakap apa-apa. Relax. Tenang. Cool. Chill.

3) Think. Ifkar
- Try to come out with million solutions yang difikirkan wajar diambil. Kalau tak jumpa solution hari itu, pergi ambil wudhu', solat. Doa dipermudahkan urusan. Baca surah penerang hati. Al-Insyirah. Moga diilhamkan jalan penyelesaian.

4) Seek forgiveness from Allah. Istighfar
- Banyak kisah tauladan yang dapat kita ambil pengajaran dari ucapan 'Astaghfirullah Al Azim'. Ujian 1 datang, kena istighfar. Ujian 2 datang, kena istighfar. Kadang-kadang ujian menimpa kita kerana dosa-dosa yang dilakukan. Maka, wajib kita memohon ampun dari Allah s.w.t moga dijauhkan dari kemurkaan-Nya.

5) Smile. Ibtisam
- Yakin setiap ujian itu ada jalan keluarnya. Ingat bahawa kita sedang diuji. Makin hebat seseorang itu, makin hebat ujian dia. So, bila kamu diuji dan rasa macam terlalu berat sangat ujian itu, bahagiakan hatimu dengan meyatakan pada diri "Saya hebat! Sebab tu ujian saya hebat". Senyum.

Daripada Abu Hurairah r.a, ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. 'Berilah aku wasiat.' Rasulullah s.a.w bersabda 'Jangan marah!' Baginda mengulangi beberapa kali ucapan, 'Jangan marah!'
( Hadith riwayat Bukhari)

"Wahai orang-orang yang beriman!  Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar"
(Surah Al-Baqarah : 153)

Sila bersangka baik dengan Allah. Allah is the Greatest. Allah is the Opener. Allah is the Most Merciful. Allah is listening to you and He will answer your dua'. 

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment