Tuesday 13 January 2015

Don't shout


Pabila hati mula menjerit.

Attention please. Everyone. Please pay your attention to this lady. 

This LADY !

Penyakit dia sudah datang. Penyakit yang sangat susah dikawal sejak dulu lagi. Haha jangan pulak fikir penyakit yang bervirus virus yang macam kuman tu. Na'uzubillah min zaalik.

Saya tak boleh kalau ada orang mencuri masa saya. Ecehhh. Puyus nyes dies. Bajet famous lah ye. Orang nak jumpa dia kena buat temu janji dulu lah ye. Hmmmm. Tapi ! Memang betul pun. Ini satu fakta ! Dari dulu lagi, kalau ada reunion ke, perjumpaan kawan-kawan ke, meeting ke, masa yang sudah dibajet perlu ditepati. 

Peristiwa petang tadi, waktu meeting dengan client.
Jam ditangan menunjukkan bahawasanya lagi 10 minit, maka berakhirlah title saya sebagai buruh. HarHar. Teruk sangat bunyinya tu. Alat tulis mula dikemas dengan begitu sopan. Ambil kertas, pensil, fail kumpul setempat. (1st hint). Tapi ! Client tiada gaya langsung untuk mengemas barangnya. 

15 minit sudah berlalu. Telingaku masih lagi mampu mendengar dengan khusyuk, mulut masih lagi petah berbicara. Sembang. Sembang. Sembang. Upss, discuss suppose. Bergerak ke kiri ke kanan memberi isyarat dengan penuh santun. (2nd hint). Tapi ! Tetap gagal menoktahkan butir bicara client.

30 minit berlalu dengan begitu laju. Telinga gagal memproses kalimat yang masuk dari telinga kanan, dan terus keluar dengan laju melalui telinga kiri. Mulut sudah terkunci rapat. Senyuman tidak ikhlas jelas kelihatan. Diri ini mula tidak senang duduk. Pergerakan semakin banyak dan semakin jelas. (3rd hint). Tapi ! Makin banyak pula cerita yang mahu dikongsi. Makin besar pula skop topik yang dibincangkan.

hihi.kiki.hihi.kiki.hihi.kiki.hihi.kiki

Jam ditangan tepat menunjukkan....masa sudah berlalu selama.......

1 jam ! Ok. It's over. Please stop talking ! I wanna go back home now. Ok ini dialog dalaman ya. Kalau dialog luaran memang terus dengar " you're fired ! " oleh bos.

Saya tak tau kenapa saya tak boleh langsung kalau ada orang melebihi had waktu yang sudah ditetapkan. Bila masa terlebih sikit je walau satu minit, terus rasa rimas. Tak senang duduk. Mindaku gagal untuk memujuk diri ini. Sungguh kronik penyakitku ini kan?

Anyone. Any idea? How to overcome this disease?

It's all about TIME. Time is more precious than diamond.

Time diploma dulu pun, saya cepat rasa tak senang duduk kalau kawan lambat bersiap. Alamatnya, memang saya gerak dulu la. Selamat tinggal kawan. Siapa suruh lambat. I don't mind going anywhere alone. As long as tempat tu saya familiar dan ramai orang, boleh je pergi sorang diri. Stay kat library dari pagi sampai petang pun saya tak kesah. Asalkan tak lewat masuk kelas. Saya rasa maaaaaaalu sangat kalau masuk kelas time lecturer sudah berada didalam kelas @ sedang mengajar. Macam tak hormat guru. Tidak suka publisiti murahan. Cehh....

Waktu degree pun sama. Janji meeting pukul 10 pagi. Tapi......hmmmm...Kalau lewat 5 minit pun saya mula rasa gelisah. Sah sah habis lewat. My time ! My time ! Please don't waste my time ! (-_____-) Dan perkara sama berlaku, gunung berapi mula mengeluarkan larvanya.

Tentang masa, saya lebih suka spend time dengan family berbanding kawan-kawan. Most of my friends tend to choose company yang offer high basic salary. But for me, gaji tinggi bukanlah keutamaan. Time with my family is the first priority. My first priority. Even dulu waktu interview cari kerja pun, memang office hour yang dititik beratkan. Hehe. Kalau company tu habis pukul 6, terus reject ! Next company plis. Hari tu pernah juga interview di sebuah syarikat yang agak famous amous. Tapi ! Waktu kerja sehingga pukul 9.00 malam. Ohh i'm not a robot. Robot pun boleh rosak kalau bekerja melebihi had masa. Memang tidaklah saya nak kerja disitu walau gaji yang ditawarkan melimpah ruah ke ladang gandum.

Back to the main problem. My personal problem. Tentang masalah masa yang agak sukar dibendung. Seandainya saya seperti mereka, tidak kesah tentang satu minit, mesti hati ini tidak menjerit.

~ ending? hmm.

Wallahu A'lam.

No comments:

Post a Comment