Sunday 11 January 2015

umat islam harus fit !


Muaz : Saifullah, jom pergi gym.
Saifullah : Tak nak la. Ana kan ketua badan dakwah. Tak sesuai la pergi gym.
Muaz : Hmmm. Ana musykil la. (Sambil garu-garu kepala yang tak gatal) 
Saifullah : Musykil apa? Meh ana merungkaikan kemusykilan anta tu.
Muaz : Patutnya, orang-orang badan dakwah la yang terlebih perlu pergi ke gym, bersenam, banyakkan guna tenaga badan. Barulah badan cergas. Minda cerdas. Bagi ana orang islam kena fit ! Tengok dulu waktu zaman Rasulullah s.a.w, sudah menjadi satu budaya bagi mereka beradu tenaga. Pertandingan gusti, memanah, menunggang kuda, lumba lari menjadi adat. Umat islam ketika itu semua kuat. Hebat. Cergas. Tapi kita....? Bila selalu bersenam, barulah musuh islam gerun tengok kita. Fuhhh badan orang islam berketul-ketul ! Mesti mereka kuat ! Pasti kita kalah ! Takutnyaaa.
Saifullah : (speechless)
Muaz : Lagi satu yang ana nampak. Kebanyakan orang badan dakwah asyik duduk dengar ceramah, jalan tenang-tenang, duduk sembang petang, harapkan mulut sahaja lantang ! Macam tak kena la.
Saifullah : (mula tidak senang duduk)
Muaz : Erkk maaf la kalau ana tersalah cakap. Itu cuma pandangan ana. Apa pula pandangan anta?

p/s : Nama watak utama diambil secara rawak. Tiada kaitan antara yang saya kenal ataupun tidak. Kalau terkena nama sendiri tu, dan terkena pula batang hidung sendiri..err..err

~ Ter imagine pula saya, mereka yang pergi ke masjid badan semua besaw besaw. Siap berserban. Bila ambil wudhu', lipat lengan baju sampai ke atas siku, dan tetibe ternampak.....MasyaAllah ! Tangan beliau, sebijik macam popeye bila makan bayam. Workout setiap hari barangkali. Mehehe.
~ Abaikan imaginasi saya.

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment