Monday 30 July 2012

Beristighfarlah

Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah
&
Maha Penyayang

Seringkali terlintas didalam hati kita mengapa Allah masih tidak memakbulkan doa walaupun kita telah melaksanakan semua perintah-Nya. Jom cek balik diri kita. Ketahuilah bahawa antara penghalang utama rahmat Allah adalah dosa dan kesalahan yang dilakukan.

Dikisahkan dalam sebuah tafsir tentang seorang ulama' besar yang bernama Hasan Al-Basri. Beliau telah didatangi seseorang mengadu tentang tanahnya yang tidak subur. Lalu jawab Hasan Al-Basri beristighfarlah. Datang yang lain mengadu kelaparan, jawabnya beristighfarlah. Datang yang lain minta agar dikurniakan seorang anak, jawabnya beristighfarlah. Datang pula yang lain mengadu kebunnya kekeringan. Maka jawapan yang sama juga diberikan iaitu beristighfarlah. Lalu Hasan Al-Basri ditanya mengapa beliau memberikan jawapan yang sama kepada setiap soalan yang berbeza. Maka jawabnya 'ini bukan pendapatku, melainkan ianya berdasarkan firman Allah s.w.t di dalam al-quran.

" Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian) Dia akan menghantarkan langit yang mencurah-curah (hujan) kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak Dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai "
( Nuh : 9-12 )

Ucapan "Astaghfirullah al'azim" yang bermaksud aku mohon ampunan kepada Allah yang maha agung sangat digalakkan untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Ucapan ini bukan sahaja sebagai penghapus dosa, malah dapat mendekatkan hubungan seorang hamba dengan Penciptanya. Pendapat peribadi saya, wajib kita minta ampun kepada Allah kerana setiap hari ada saja kesalahan yang dilakukan terhadap Allah samada secara sengaja atau tak. Setidak-tidaknya sebelum tidur tu beristighfarlah. Tak susah pun kan? InsyaAllah bila dah selalu buat, dengan sendirinya ucapan itu akan menjadi satu habit :) 

Wallahu A'lam



No comments:

Post a Comment