Sunday 29 July 2012

penyakit hati perlu dirawat segera

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Apa kabar hati anda? Sihat?
Moga hati kita semua dijaga oleh Allah dari bisikan syaitan durjana,
 yang tidak putus-putus membisikkan kalimat supaya kita terpesong dari landasan islam.
Sifat dengki, dendam, amarah, benci, putus asa merupakan antara penyakit hati yang mudah dijangkiti.
Jika dibiarkan lama tanpa diubati,
ia akan merebak seterusnya melahirkan satu jiwa yang kental dan kebal dari sebarang nasihat dan teguran.

Benar !
kegelapan hati membuatkan seseorang buta,
buta dengan kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri,
sangat mudah nampak kelemahan orang lain,
sangat mudah menabur fitnah,
sedang diri banyak kekurangan malah lebih teruk dari orang yang difitnah,
Astaghfirullah....

Realiti zaman sekarang,
penyakit ini merebak dengan begitu cepat,
ramai pesakit terperangkap,
tidak diberi ubat mahupun penawar,
 dipandang remeh oleh masyarakat dan pihak bertanggungjawab,
sehinggakan lahir masalah ummah,
menjadi satu kelaziman mencuri, berzina, rogol, buang anak, membunuh,
semuanya hasil dari penyakit hati.

Sesungguhnya,
Allah lah yang memelihara dan menjaga hati kita,
hati yang dididik dengan baik pasti membuahkan hasil yang baik,
sebaliknya hati yang dibiarkan kotor melahirkan jiwa yang zalim,
zalim terhadap Allah, diri sendiri, keluarga, dan masyarakat seluruhnya.

Oleh itu,
ketahuilah bahawa Al-Quran dan zikrullah itulah,
sebaik-baik penawar kepada penyakit hati,
lazimkan diri membaca al-quran dan mengingati Allah,
walau dimana jua kita berada,
moga hati yang dididik dengan baik,
mampu melahirkan jiwa yang suci dan hebat !

Wallahu A'lam


No comments:

Post a Comment