Terdapat ramai kaum wanita yang masih tidak faham, tidak tahu dah salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara sempurna. Akibatnya mereka terjerumus kedalam kesesatan dan dosa. melalui penelitian saya, terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan walaupun mereka ini memakai hijab(tudung).
kesalahan pertama : memakai tudung tetapi berlengan pendek
kesalahan kedua : memakai tudung tetapi kain terbelah hingga menampakkan betis
kesalahan ketiga : memakai tudung tetapi berbaju ketat, menampakkan bentuk tubuh badan
kesalahan keempat : memakai tudung tetapi berbaju nipis sampai menampakkan lengan tangan
kesalahan kelima : memakai tudung di kawasan sekolah @ universiti sahaja (paling tak boleh diterima)
kesalahan ketujuh : memakai tudung tetapi diselempangkan ke belakang dan tidak menutupi bahagian dada
kesalahan kelapan : memakai tudung disertai memakai sanggul yang begitu besar dibahagian kepala (trend zaman sekarang)
Daripada Abu Hurairah ra berkata : Rasulullah s.a.w bersabda. " Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul diatas kepala mereka) bagaikan bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya ".
Kebenaran sabda nabi muhammad s.a.w dapat kita perhatikan sendiri dengan melihat realiti wanita zaman sekarang. Berpakaian tetapi bertelanjang boleh diertikan dengan mereka yang memakai baju, tetapi terlalu ketat sehingga menampakkan lekuk tubuh badan. Baju melekat betul-betul dekat badan sampaikan orang yang melihatnya tahu saiz sebenar tubuh badannya. Pemakaian tudung (disertai sanggul yang begitu besar) menjadi pilihan wanita-wanita zaman sekarang. Sehinggakan ada kedai yang menjual alat (sanggul) untuk menampakkan kebesaran dan kebonggolannya. Amat pelik bin musykil bin ajaib bagi saya bila melihat bonggol diatas kepala. Bila jalan, dihayun-hayunkan kepala agar nampak seperti bidadari yang baru keluar dari istana takeshi.
Wahai sahabat sekalian, sila perbetulkan niat dalam menutup aurat ya. Kita tutup aurat untuk pelihara diri kita juga. Kita tutup aurat kerana patuh pada perintah Allah. Jangan sesekali menjadi penentang hukum Allah s.w.t. Wal'iyazubillah.
sempurnakan pemakaian tudung agar kamu lebih mudah dikenali sebagai seorang muslimah :) |
( Surah Al-Ahzab : 59 )
Wallahu A'lam
No comments:
Post a Comment