Begitu juga bulan ramadhan. Hanya apabila seseorang itu "mengukur baju dibadan sendiri" pasti tertunggu-tunggu ketibaan ramadhan. Disebabkan mereka sedar akan dosa-dosa yang pernah dilakukan suatu ketika dahulu. Kerana itulah mereka tidak sabar sabar menanti kedatangan bulan ramadhan kerana mahu membersihkan diri dari segala dosa dan noda. Seperti yang tercatat didalam al-quran, dalam bulan ramadhan terdapat satu malam yang dinamakan 'lailatul qadr' iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan ramadhan, Allah membuka seluas-luasnya pintu langit menantikan hambanya bermunajat memohon keampunan kepadaNya. Satu kebaikan yang kita buat akan diberi pahala berlipat ganda berbanding kebaikan yang kita buat dalam bulan selain ramadhan. Allah suka hambanya meminta minta kepadaNya. Ini menunjukkan bahawa kita hamba yang lemah. Seorang hamba yang perlu bergantung harap kepada Allah semata dalam apa jua keadaan. Oleh itu wahai diriku dan dirimu, mintalah kepada Allah moga kita diberi iman yang mantap, mintalah kepada Allah moga kita dijauhkan dari dosa-dosa kecil dan besar. Mari kita memperbanyakkan doa. Moga segala kesilapan dan dosa yang pernah dilakukan diberi keampunan olehNya.
Wallahu A'lam
No comments:
Post a Comment