Tuesday 15 October 2013

adab ziarah harus dititik beratkan

Bismillah...

Assalamualaikum W.B.T

Kepada semua kaum muslimin muslimat mukminin mukminat, diucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk anda semua :)

Hmmm.. Apa macam? Balik kampung beraya tak? Hehe tanya orang, dia tu ....

*****************

Tadi ada satu incident yang berlaku ! dia dah start dah

herggh...arghh...hiuww..hewww (ambilnafastahanlepasulangsebanyaktigakali)

Alkisah....

Seusai kami pulang dari kampung, tiba di perkarangan rumah dan ambil port baik punya untuk park kereta dalam kawasan rumah, kami terpaksa mematikan hasrat yang mulia lagi suci murni itu kerana ada sebuah kereta yang tak dikenali parking betul-betul depan rumah menghalang tuan rumah untuk memasukkan kereta kedalam kawasan rumah ! What..?

Ni lagi satu sifat yang saya sangat geram dengan pelakunya.

Perkara seperti diatas bukan berlaku sekali dua tiga tapi dah terlalu banyak kali. Seingat saya lah kan. Kami (ayah terutamanya @ kakak @ abang @ adik @ saya...~insyaAllah~) kalau nak beraya atau ziarah siapa-siapa lah, kami akan berusaha sedaya upaya mencari tempat yang sesuai untuk parking kereta. Dan yang pasti bukan betul-betul depan pintu pagar jiran sebelah. Kitaorang selalu fikir + cakap kuat kuat 'eh boleh tak ni park kat sini nanti susah pulak tuan rumah tu nak masukkan kereta dia'. At the end kami akan park kereta jauh sikit dari rumah orang yang kami nak lawat dan berjalan kaki untuk sampai ke rumah tersebut (kalau jauh pun jauh la).

I'm just wondering ada tak pelaku yang suka buat hal seperti diatas pernah berfikir dahulu sebelum park kereta mereka. Tak ke rasa macam nanti susahkan orang lain disebabkan perangai kita yang malas berjalan kaki? Yup ! Sebab kita! Kerana kita malas nak berjalan jauh-jauh sebab tu park kereta betul-betul depan rumah jiran sebelah kepada ahli yang kita nak ziarah tu. Faham tak apa yang saya cakap? Saya pun pening dah ni.

Oleh itu wahai kaum muslimin muslimat mukminin mukminat dikesempatan yang ada pada hari yang mulia ini saya menasihatkan kepada anda dan juga diri saya supaya alert dengan setiap tindakan kita. Lagi sekali saya sarankan, fikir dahulu sebelum bertindak. Ubahlah perangai yang malas itu kepada sifat rajin. Rajin mencari tempat untuk park kereta supaya tidak menyusahkan orang lain.

~ Maaf kan saya kerana bahasa saya.....arghh (T__T)
~ Saya bukannya perfect pun mungkin lebih banyak kesalahan yang saya lakukan dari kamu semua cuma sama-samalah kita mengingatkan antara satu sama lain.
~ Addinunnasihah. Agama itu nasihat :)

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment