Sunday 6 October 2013

Kita masih bernyawa ! Alhamdulillah :)


Mulakanlah hari dengan memuji Allah S.W.T

 ~ SubhanAllah SubhanAllah SubhanAllah Walhamdulillah ~

Alhamdulillah Allah S.W.T masih lagi memberi nikmat nyawa kepada kita untuk kita sama-sama mengumpul bekalan untuk dibawa ke akhirat.

Terima Kasih Ya Allah :)

Cuba bayangkan hari ini hari terakhir kita hidup didunia, agak-agaknya lah kan apa yang kita sedang buat sekarang?

Confirm ! Duduk kat masjid sehari suntuk mohon ampun, rahmat, keredhaan Allah.

Tapi...masalahnya Allah tidak mendedahkan tarikh mati seseorang didahi masing-masing.

Masalahnya kita tak tahu bila ajal kita.

Kerana itu kawan-kawan, kita kena manfaatkan setiap detik & saat yang Allah beri selagi kita bernyawa.

Moga amalan-amalan itu akan membantu kita ketika dihisab.

InsyaAllah...

Ops, terlupa nak tanya hari ni dah solat sunat dhuha?

Jom berusaha jadikan solat sunat dhuha sebagai amalan harian. Paling kurang pun seminggu sekali.

Kelebihannya sangat banyak. Tak rugi pun luangkan masa 5, 10 minit untuk solat :)

Ini doanya.


Moga ia menjadi amalan kita semua

Selamat beramal

Wallahu A'lam


No comments:

Post a Comment