Sunday 27 October 2013

kerna mereka insan yang ku sayangi


Petang tadi dapat panggilan dari mak...

Mak : Tengah buat apa tu?
Saya : Tengah buat maf ni. Ada assignment. Mama buat apa tu?
Mak : Duduk-duduk tengok tv.

banyak perkara yang diceritakan kerana rasa macam terlalu lama tak balik rumah jumpa mak ayah T___T

Mak : Ni kenapa suara macam letih je. Banyak kerja ke? Ada join lagi program-program?
Saya : Erkk ha'ah. Ada jugak join program. Semalam pun ada. Cuma kalau meeting tu dah berkurang la
Mak : Belajar ok tak. Jangan busy sangat join program sampai abai pelajaran. Ni kan sem akhir. Kalau sebelum-sebelum ni nak aktif, mama tak kesah sangat. Kurang-kurangkanlah program tu
Saya : Hehe ok. 
Mak : Ada duit lagi tak
Saya : Dah habis
Mak : Ok nanti mama masukkan lagi
Saya : Err nanti mama pulak tak cukup. Almaklumlah banyak lagi urusan lain yang lebih penting yang memerlukan duit. Mana mama nak dapat sumber?
Mak : InsyaAllah sumber tu ada. Itu kan rezeki Allah. Ada kat mana-mana
Saya : Terkedu + tiba-tiba rasa nak nagis

Itulah dia, kedua ibu bapa yang amat aku kasihi. Mereka tidak pernah lekang dari memberi motivasi dan kata-kata nasihat buat anaknya. Tidak pernah mengata tidak untuk menghantar anak mereka kemana sahaja. Tidak pernah merasa bosan melayan kerenah anak-anak yang bermacam ragam.

Kita mudah lupa rezeki tu kurniaan Allah. Kalau Allah nak beri, sekelip mata saja kita dapat dari arah yang tak disangka-sangka. Baru-baru ni ayah saya juga pernah cerita satu kejadian aneh yang berlaku kepada keluarga kami. Semuanya berkisar tentang duit. Waktu ayah saya cerita, SubhanAllah memang betul-betul membuat saya terkesima. Rancangan Allah itu....sungguh baik. Perkara yang kita rasa mustahil terjadi, boleh berlaku.  Memberi bila hambaNya betul-betul dalam kesusahan. Memberi tepat pada waktunya. Memberi untuk meringankan beban hambaNya. Terima kasih ya Allah T_______T

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Dan mereka merancang, Allah juga merancang. Perancangan Allah itu lebih baik
(Al Imran : 54)

Semenjak dua menjak ni, saya perasan yang saya cepat sangat berasa sedih. Bila mak ayah call, dengar saja suara mereka tiba-tiba rasa nak nangis. Waktu on the line tak nangis la. Tapi lepas letak je, cari tempat yang tak ada orang dan terus menangis sepuas-puasnya. Rasa sebak sangat mendengar suara mereka. Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan ibu bapa yang sangat menyayangi anaknya ini. Tiada apa yang saya harapkan melainkan ingin melihat mereka hidup bahagia didunia dan akhirat.

Ya Allah Engkau ampunilah segala dosa kedua ibu bapaku
Ya Allah Engkau rahmatilah mereka
Ya Allah Engkau kurniakanlah kepada mereka rezeki yang halal lagi baik
Ya Allah Engkau berilah ketabahan buat mereka untuk mengharungi ujian-Mu ini
Ya Allah Engkau makbulkanlah segala doa mereka
Ya Allah Engkau perluaskanlah kubur mereka suatu hari nanti seluas-luasnya
Ya Allah Engkau terangilah kubur mereka dengan cahaya al-quran
Ya Allah Engkau jadikanlah al-quran sebagai sahabat karib mereka didalam kubur
Ya Allah Engkau berilah tempat teduh buat mereka dipadang mahsyar nanti
Ya Allah Engkau anugerahkanlah mahkota indah buat mereka diakhirat kelak

Ya Allah perkenankanlah. Sesungguhnya jasa mereka sangat besar dan tiada upaya untuk aku membalasnya.

Wallahu A'lam 

No comments:

Post a Comment