Sunday 7 September 2014

nombor

Assalamualaikum W.B.T

BEL. Siapa tak kenal BEL angkat tangan. keh3.

Wowowo this is too much if you guyz don't remember your favourite subject. Subjek yang kita belajar dari sem 1 waktu diploma (yang menekankan grammar) sampailah ke degree sem kedua terakhir (lebih tertumpu kepada job interview sessions). Ingat tak?

Confirm ingat !

Waktu sem kedua terakhir saya memutuskan untuk menjadi seorang pelajar (means takde intention untuk sambung master or ACCA or CIMA or CPA or seangkatan dengannya dah, heh panjang pulak explanation), antara subjek yang paling menggerunkan saya adalah BEL. Ya. Menghadiri kelas BEL ibarat menghadiri mahkamah. Sentiasa berdebar dengan soalan yang diajukan oleh pensyarah. Paling risau bila beliau dapat detect kesalahan grammar yang terumbang ambing dan perlu bersyarah dihadapan kawan-kawan (yeaahh itu kan memang penyakit kronik saya).

*****************************************

Testing. Testing. Job interviews.

Pensyarah memberikan beberapa contoh soalan yang mungkin akan ditanya oleh majikan. Antaranya,
 'why did you choose your major?'
 atau mungkin juga....
'why are you interested in this job?'

Disebabkan saya pelajar perakaunan, jawapan yang paling mudah dijawab dan yang sentiasa berlegar diminda 'i like to play with numbers' walau hakikatnya mata boleh berpinar tengok nombor yang banyak. Muehehe.

Nombor.

Ayah saya pernah mengajukan soalan...
>   Dalam al-quran ada berapa surah?
>> 114 surah
> Ni ayah nak beritahu je lah, waktu dekat kelas ada seorang budak ni dia cakap kat semua orang, cuba tolakkan 114 dengan umur kamu, kamu akan dapat tahun lahir kamu. Bila ayah kira, betul jugak. Dapat tahun lahir ayah. So cuba semua kira betul tak dapat tahun lahir sendiri?
>> Eh, haah dapat dapat. haha.

hi there..wanna playyy? (baca dengan nada versi chuckie) :P 

Hehe. Bagi sesetengah orang, mereka sangat anti bila diajukan soalan sebegini. Risau syirik kata mereka. Cuma bagi saya its just for fun saja. Quite interesting juga nombor ni. 

Oh sebelum saya lupa, teka teki tu hanya sesuai ditanyakan kepada mereka yang lahir tahun 19_ _ sahaja. Yang lahir zaman millenia tak sesuai, risau hasilnya pada zaman purba. Kurun ke 3,7,1,6. Keh3.

Wallahu A'lam.

No comments:

Post a Comment