Tuesday 16 September 2014

Alaf baru




Assalamualaikum W.B.T

Soalan dari :-

1) Murabbi, Naqibahku : Sakina ada whatsapp?
2) Sahabat, Kawan-kawanku : Awak ada whatsapp?
3) Sepupu, Dua pupuku : Sakina ada whatsapp?
4) Mutarabbi, Adik-adikku : Akak ada whatsapp?
5) Keluargaku : Cepat la,bila nak ada whatsapp?

Lagi soalan yang ditanya...ada twitter tak? instagram ke? Dan segala aplikasi terbaru yang kian merebak dengan begitu pantas. Wechat, Chitchat, Kitkat..Tak sempat nak kejar, dah wujud aplikasi yang lebih canggih dan . . .

mmmm facebook yang ada ni pun tunggu berhabuk baru nak buka...acanner tu?

Disebabkan ini, maka tidak dinafikan saya selalu ketinggalan zaman,ketinggalan info,ketinggalan dibelakang, seorang diri :(

Bukan tidak ingin, bukan tidak mampu, bukan tidak mahu, cumanya risau andai diri ini tidak mampu mengawal an-nafs bila memiliki semua itu. Saya rasa kalau tak pandai nak kawal diri, kita boleh ketagih untuk duduk menghadap 24 jam handphone tu.

1) Post benda yang tak patut.
Waktu bulan ramadhan....post "red flag". Whh-whats that? Setiap kali tengok status kawan-kawan di facebook, makin menakutkan saya. Selalu tertanya-tanya pada diri 'perlukah post status itu? Untuk apa?' Dan begitulah selalunya. Kadang tu panjang berjela. Kesian tengok kawan 'spesis' macam saya, boleh stress baca post yang tapape dan tak perlu. Waste my time.

2) Assalamualaikum...jemput orang masuk rumah, duduk, dan cari handphone.
Saya sangat geram bila tengok orang asyik bermain dengan handphone nya sedangkan waktu itu mereka sedang berkumpul (ibarat macam reunion lah atau ziarah). Haih ziarah apa macam tu? Bercakap dengan gadget kat dalam bilik seorang diri pun boleh kot. Cuba appreciate sikit orang yang datang bersusah payah dari jauh semata-mata untuk berjumpa dengan anda. Bersembang face to face. Bukan bersembang dalam alam maya yang semua orang boleh tahu.

3) Haaa nanti dah ada whatsapp bagitau ya. Nanti nak add dalam group.
Hati ini yang pada mulanya dah terbuka untuk memiliki whatsapp tertutup serta merta. Kerana tau mereka suka berkata-kata perkara yang tidak perlu diperkatakan. Juga risau diri ini tidak mampu mengawal mulut yang suka join the club.

Tidak dinafikan mentality kita semua sudah diparas bahaya. Ya. Kita semua. Mentality ditahap bahaya !

Bukan salah teknologi, tapi salah pengguna teknologi. Lihat saja bagaimana perkara yang tidak patut diberitahu kepada orang lain, namun dengan sekali tekan pada button yang tersedia, satu dunia boleh baca dan TAHU apa yang terjadi. Hah? Apakah?

Saya betul-betul tak boleh terima sejak dulu lagi. Haha pelikkan? Gara-gara tidak suka cara mereka-mereka diluar sana menggunakan teknologi yang ada, saya seakan-akan menghalang diri sendiri dari memiliki semua itu.

Teringat pulak kat ayah saya. Dulu waktu zaman kami kanak-kanak, kami adik beradik tidak dibenarkan memakan chewing gum. Disebabkan ayah saya dibesarkan di Singapore, beliau sangat anti dengan orang yang tidak membungkus semula sisa chewing gum sebelum dibuang kedalam tong sampah. Ye la siapa tak kenal Singapore yang begitu bersih, kalau nampak orang buang sampah merata tempat mesti kena kompaun ! Semuanya gara-gara mereka yang kurang bertamadun membuang sisa kunyahan ke merata tempat dan menyebabkan kasut, baju termelekat dengan sisa mereka. Sampaikan kami adik beradik ditegah dari makan chewing gum. Tapi waktu saya sekolah menengah baru la saya reti makan chewing gum, itu pun sebab jauh dari mak ayah. Hehe. Teruk teruk....

Sedar tentang kesusahan yang dialami oleh orang lain disebabkan diri ini tidak memiliki whatsapp, walau beribu alasan yang saya beri kepada diri sendiri, masih tidak dapat dinafikan segunung kebaikan dan manfaat masih dapat diperoleh. Mana tidaknya, sekarang ni segala maklumat berada dihujung jari. Boleh tahu berita tentang saudara kita diseluruh dunia. Boleh tahu program yang diadakan hujung minggu. Boleh tahu keadaan sahabat-sahabat yang tinggal jauh nun disana.

InsyaAllah. Azam baru akan memilikinya, sooooon. Ecehhh boleh percaya ke ni? ^_____^

~ hp yang sedia ada seperti dizaman awal tahun 2000. macam kena tukar hp baru je...wink wink ~

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment