Monday 15 September 2014

haiya nusyaahid talafiziyun ma'an :D

Assalamualaikum W.B.T

Semenjak dua menjak tiga menjak bekerja ni, tiap-tiap petang pukul 6.30 mesti duduk depan tv tengok cerita upin ipin. Jangan terkejut kerana bukan saya seorang penonton tegar cerita kartun ini, tapi mak ayah kakak adik semua join sekaki tengok sekali. Hehehe. Kadang-kadang tu banyak je info baru saya dapat. Kalau dulu pasal pokok pisang dan macam-macam lagi, tapi tadi tau la serba sedikit tentang ikan laga.

Nak tau apa yang saya tau? Tengok la sendiri ya :D

Tepat pukul 6.29 terus buat announcement kuat-kuat 'semua oraaaaaang,cerita upin ipin nak start daaaaaahhhh'....Ehem, memang saya suka buat announcement kat rumah pun. Tak percaya? Percayalah.....

Dan tadi adik saya bersuara 'haa tau pun kenapa selama ni ifan suka tengok cerita upin ipin'. Huh,masalahnya habis semua cerita kartun dia bedal. Tom & Jerry, Spongebob, Doraemon. Kadang-kadang rasa macam ada budak kecik umur 6 tahun la pulak kat rumah.

Tapi kan sebenarnya sejak zaman saya sekolah menengah lagi,memang banyak info yang saya dapat dari tengok cerita kartun. Contohnya Totally spies ada menyelitkan ilmu sains. Kalau tak silap time tu ada sentuh mengenai subjek fizik dan kimia. Upin ipin ilmu daratan. Spongebob ilmu lautan. Dan banyak je lagi info yang saya dapat, dengan hanya menonton cerita kartun.

Jadi kesimpulannya, jom rehatkan minda dengan menonton cerita kartun ;)

kullu jasadin yahtaj ila istiraahah kaafiah. Yeah kita perlukan rehat yang cukup untuk meneruskan kehidupan yang begitu hectic dizaman ini.

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment