Saturday 6 September 2014

ceramah beliau semua orang suka

Assalamualaikum W.B.T

Apa khabar saudara saudari yang hadir...para penonton dirumah sekalian?

Diharapkan moga semuanya sihat-sihat belaka dan sentiasa dibawah naungan Allah S.W.T...insyaAllah.

Bertemu semula kita didalam rancangaaaaan jom berfikir !

Er. Ok. Abaikan muqaddimah saya.

Sedar atau tidak, perasan atau tidak....la ni ramai orang suka dengar ceramah yang terselit unsur lawak jenaka. Ya, Saya sedar, saya perasan, saya perhati terrrrrlalu ramai orang awam khususnya lebih cenderung pergi ke masjid-masjid atau surau-surau yang selalu menjemput penceramah yang acap kali membuat kelakar ketika berceramah.

Maaf. Saya tidak menyatakan lawak didalam memberi ceramah itu salah. Sebaliknya kalau kita lihat zaman sekarang ceramah yang mempunyai kriteria seperti berikut mampu menarik ribuan pendengar untuk sama-sama muhasabah kembali diri mereka sendiri.

ekekekekeke...kelakar kelakar. nak dengar lagiiii :D

Cumanya, saya sedikit hairan, Begitu sekali sifat orang-orang awam seperti saya menilai 'kehebatan' seorang penceramah. Penceramah yang guna nada 1 ton je boring la. Mendatar. Boleh tersengguk bawah kerusi kalau dengar sampai habis. Balik-balik cakap benda yang sama. Rasa macam baca buku pun ada. Kalau penceramah yang suka buat lawak best sikit nak dengar. Seronok.

Kerana itu dalam menuntut ilmu perlu ada mujahadah. Kesungguhan dalam menuntut ilmu. Tidak hanya memilih ceramah yang ada lawak jenaka dalam masa yang sama membenci penceramah yang tidak langsung menyelitkan lawak dalam ceramahnya.

Apa yang penting adalah kita ingat isinya, bukan lawak nya sahaja.

Moga kita sama-sama sentiasa bersemangat dalam menuntut ilmu.

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment