Saturday 27 September 2014

macam mana nak urus duit?



Perkara yang perlu kita lakukan apabila mendapat duit gaji

Asingkan dan beri kepada :-

1) Ibu bapa

--->  Ibu bapa yang membesarkan kita sejak kita lahir sehinggalah dewasa. Mereka bersusah payah bekerja dimerata tempat semata-mata untuk memberi rezeki yang halal lagi baik kepada kita. Mereka terpaksa mengeluarkan wang simpanan mereka di tabung haji semata-mata untuk memasukkan kita ke sekolah yang boleh memberi didikan agama yang baik. Semua duit gaji yang telah mereka kumpul dihabiskan hanya untuk kita. 

Jadi antara cara untuk mengucapkan 'terima kasih yang tidak terhingga' kepada mereka adalah dengan memberi 'monthly allowance', walau hakikatnya elaun itu langsung tidak dapat menandingi walau sekecil zarah segala usaha penat lelah mereka membesarkan kita.

Ibu bapa berdoa "Ya Allah, Engkau luaskanlah rezeki anak-anak kami, permudahkanlah segala urusan mereka didunia dan akhirat". Nampak tak? Doa itulah yang kita harapkan. Rupa-rupanya doa itu yang membantu kejayaan kita selama ini tanpa kita sedari. Ingat, doa ibu bapa untuk anaknya itu tiada hijab. Allah akan memakbulkan setiap butir doa yang terkeluar dari mulut ibu bapa kita. 


2) Pemberi hutang

---> Bagi mereka yang sudah bergraduasi dan perlu melunaskan segala hutang kepada badan-badan yang memberi pinjaman, asingkan duit secukupnya untuk membayar semula pinjaman tersebut. Lagi cepat habis lagi bagus bukan? Dan bagi mereka yang sudah ada komitmen sendiri....berkeluarga,rumah sendiri, kereta sendiri, pastikan duit gaji yang anda terima mampu membayar ansuran kepada bank. Nasihat tulus ikhlas dari saya, ukurlah baju dibadan sendiri. Usah membebankan diri dengan membeli banglo 3 tingkat mahupun mercedes andai gaji yang diterima hanya mampu membayar sewa untuk rumah papan dan kereta kodok (sila bayangkan kodok yang teruk ok).


3) Sedekah

---> Duit gaji yang kita terima itu bukan sepenuhnya hak milik kita. Kerana didalamnya terdapat hak orang lain. Hak orang yang lebih memerlukan. Jadi asingkan seberapa jumlah wang supaya setiap bulan kita sentiasa istiqamah (berdiri teguh, tetap pendirian, konsisten) dalam memberi. Don't underestimate the power of giving kerana Allah S.W.T akan melipat gandakan ganjaran yang besar buat kita. Ingatlah tidak akan rugi orang yang suka bersedekah. Itu janji Allah. Sifir mudah, beri duit dapat pahala. 


4) Simpanan

---> Walau sebanyak mana pun benda yang kita kena bayar, cubalah untuk menyimpan. Mungkin bagi sesetengah orang menyimpan duit itu suatu yang mudah. Namun bagi pihak yang satu lagi, menabung adalah perkara yang hampir mustahil dan susah untuk dilakukan. Jadi saya syorkan, buka lah akaun di bank yang mendapat perhatian anda dan jangan buat kad. Buka akaun bank namun tiada kad yang boleh anda pegang. Nak keluarkan duit? Perlu ambil nombor giliran dan menunggu bersama puluhan orang. Mesti rasa malas bukan? Secara automatik, InsyaAllah duit itu boleh beranak pinak sehingga sampai waktu yang anda betul-betul perlukannya, hahh hamik berpuluh ribu hasil simpanannya. 


5) Melabur

---> Money makes money. Pernah dengar kan? Sangat famous terutama dizaman yang serba memerlukan duit ini. Sifir mudah juga, if you have money you can use it to get more money. Ohh mataku sudah berpinar dengan duit (tetibeterbayang). Kita perlu belajar tips melabur. Mungkin boleh melabur dalam emas kerana nilai emas tidak turun (kena study dan kaji pasal emas dulu). Mungkin boleh membeli saham dan dapat dividen. Mungkin boleh membeli tanah sekarang, tunggu 10 tahun akan datang, jual (pastikan tempat tu akan membangunlah ya). Mungkin boleh membeli rumah dan sewakannya. Mungkin duit gaji sekarang boleh dijadikan modal untuk membuka perniagaan sendiri secara kecil-kecilan. Dan banyak lagi kemungkinan yang boleh anda fikirkan. It's time to generate money friends. 

Sebelum saya terlupa, kalau nak invest tu biarlah banyak tempat. Jangan masukkan semua duit kedalam satu tempat. Kadang-kadang su' udzhon (bersangka buruk) itu ada baiknya. Hehe. Abaikan.

* Jom baca tafsir al-quran. Hujung minggu kaaaaan. Banyak masa terluang *

Firman Allah S.W.T didalam surah Al-Baqarah ayat 24 & 25 :

24) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu merosakkan sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), seperti orang yang menginfakkan hartanya kerana riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari akhir. Perumpamaannya (orang itu) seperti batu yang licin yang diatasnya ada debu, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, maka tinggallah batu itu licin lagi. Mereka tidak memperoleh sesuatu apa pun dari apa yang mereka kerjakan. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir.

25) Dan perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguh jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak didataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun (pun memadai), Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan"

~ SubhanAllah. Maha Suci Allah. 

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment