Tuesday 4 August 2015

wala tajassasu


Hari tu...

Sedang khusyuk makan tiba-tiba terdengar kata-kata dari seorang ustaz

---> dalam islam memang disarankan menjaga tepi kain orang. yang tak bolehnya kita menjaga dalam kain orang.

Hehe.. 

Addin annasihah. Agama itu nasihat. Dalam al-quran pun Allah s.w.t ada sebut 'dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat bagi orang-orang beriman'. 

Jadi, menjaga tepi kain orang tu kira macam memang patut lah kan. Jaga dia supaya perkara yang dia lakukan selari dengan syariat islam. Dia pun jaga kita, bagi nasihat dekat kita kalau terbuat dosa.

Yang jenis suka jaga dalam kain orang ni sebenarnya yang bahaya. Perosak. Pemusnah. Virus berjangkit bak kata orang. Saya bagi contoh mudah. Melodi. habislahsayakalauadapapamaupunmamarazibuatspotcheck. Tipu la kalau saya cakap saya tak pernah tengok melodi. Yang saya perasan, kadang tu si penanya soalan ni kadang-kadang memang bikin panas pun. Al mithaal, mengenai rumah tangga seseorang, kalau lah retak sekalipun, tak perlu lah nak selongkar sebab musababnya. Tak perlu nak tanya siapa pemula pertengkaran. Tak perlu nak tau apa mengapa, bagaimana, bila, apa perasaan, apa tindakan selepas ni. Saya rasa yang ni kot yang dikatakan menjaga dalam kain orang. Orang tu senyap je, tapi mereka sibuk selongkar semua rahsia dia. Ish ish. Tak patut sungguh !

Cuba selak al-quran sat, surah Al-Hujurat ayat 12
" dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain "

Mencari-cari tu yang jenis suka selongkar tu. Orang punyala tutup tapi dia sibuk nak tengok apa yang ada kat dalam. Sebenarnya kalau kita nak relate kan dengan benda lain, memang terlalu banyak boleh dijadikan contoh. Sebab peliknya sifat manusia ni, sukar dan tidak suka melihat kelebihan yang ada pada orang lain. Yang buruk itu lah yang paling bercahaya dan memikat. Sampai merasa bangga menjaja keburukan orang keseluruh dunia.

Na'uzubillah min zalik.

Ya Allah, Engkau peliharalah lidahku, mataku, tanganku, kakiku, dan semua anggota tubuhku dari menjadi bahan bakar api neraka

Wallahu Subhanahu Wata'ala A'lam

No comments:

Post a Comment