Monday 10 August 2015

amalan orang yang berilmu dan tidak berilmu. manakah yang lebih baik?




Golongan pertama. Berilmu tetapi amalan kurang.

Golongan kedua. Tiada ilmu tetapi banyak pula amalannya.

Antara dua golongan ini, rasa-rasanyalah mana yang lebih baik?

Diceritakan perumpamaan bagi golongan kedua, mereka yang tiada ilmu tetapi amalan tersangat sangat banyak.

Mereka mengheret sekarung guni yang besar. Guni itu dipenuhi dengan emas, permata dan berlian. Tetapi ! Guni itu berlubang. Apabila tiba didestinasi yang ingin dituju, guni itu kosong dan yang tinggal hanyalah kain guni yang tiada nilai.

Somebody please help me. huhh !! it's too heavy man !
Kesimpulannya. Amal tanpa ilmu tidak berguna. Tersangat rugi. Penat penat kumpul harta tetapi akhirnya hilang dek kerana kelalaian diri sendiri. Sebab tu kita perlu cari ilmu untuk membolehkan kita beramal dengannya. Jika tidak, jadilah seperti 'si penarik guni bocor'.

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment