Friday 7 August 2015

salah lampu isyarat atau pemandu?


Pin ! pin ! pinnnnnn !

Haih asal la lambat sangat diorang ni bawak kereta ? Soooooo slow !

Hmmmmm....

Ada orang cakap, orang kl tak boleh bawak kereta kat jalan kampung. Alasannya sebab kebanyakan penduduk kampung bersantai santai bawak kereta dekat kampung halaman. Orang bandar sudah terbiasa bawak laju. Tak menyempat. Tak biasa bawa perlahan. Perlu cepat kejar masa. Katanya.

Ada orang cakap, orang yang bawak kereta perlahan ni 'selfish'. Tak kesah orang belakang yang terkejar-kejar nak selesaikan urusan mereka. Katanya.

Apa pula kata saya?

Bila tengok racing formula one, semua kereta dari depan sampai belakang boleh bergerak serentak waktu isyarat 'mula' berkibar megah.

Tapi.....bila masuk cerita tang lampu isyarat, mengapa orang keyel tidak alert. Walaupun traffic light sudah bertukar kaler hijau, orang yang depan sekali ambil masa 15 saat untuk bergerak, kereta kedua juga 15 saat, kereta ketiga pun 15 saat. End up hanya 4 buah kereta saja yang lepas untuk satu-satu masa. 

Maka terdengarlah rungutan mereka, ish kenapa la traffic light ni cepat sangat...(?)

Alahai....

Apalah salah nya orang depan sampai belakang fokus pada pertukaran kaler traffic light. Bila hijau semua pemandu tekan minyak pada waktu yang sama maka jadilah macam dalam track formula one. Kalau dibuat nisbah mungkin 2 kali ganda iaitu 8 buah kereta boleh lepas. Ye dak?

Saya teringkat waktu naik bas rapid kl (maklumlah waktu tu kerja menuntut saya pergi ke kastam untuk selesaikan satu masalah kecik). Si pemandu bas ni sangat lah kurang fokus. Bas berhenti depan sekali dan saya juga duduk kerusi paling depan (betul betul belakang driver). Waktu traffic light merah, beliau sebok bermain phone. Saya pulak tengah seronok bersembang dengan kawan sebelah. Tapi bila traffic light hijau, pak cik bas masih leka berbalas sms (ok whatsapp). Saya pun tak sedar sebab bukan saya yang memandu. Hew hew..Sampailah traffic light kembali berwarna merah. Dan kami tidak bergerak walau seinci.

5 minit berlalu macam tu je. Tak patut kan? Entah-entah ramai je orang kat dalam bas tengah bengang (kalau yang nampak la apa yang berlaku). Bila traffic light hijau (for the second time), terus saya cakap 'pakcik jalan'. Baru lah beliau terkecoh-kecoh simpan hp. 

Alahai.....

Sikap orang kita.

Concentrate all your thoughts upon the work at hand. The sun's rays do not burn until brought to a focus. -quoted-

Hebat kekuatan fokus ni sebenarnya. Cuma kita je nak atau tak nak.

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment