Thursday 13 August 2015

waktu yang diharamkan jual beli pada hari jumaat


Saya rasa ramai orang yang tidak tahu tentang waktu jual beli yang diharamkan pada hari jumaat. Sebab saya juga tergolong dalam kalangan mereka yang tidak tahu sebelum ini. Gara-gara 'jahil', pernah je saya terbeli nasi dari peniaga lelaki waktu imam sedang mengalunkan azan zohor. 

Kata-kata hati ni sebenarnya tepat jugak kan. Kalau boleh saya katakan 99.99% kata hati tu adalah hampir tepat. Saya teringat satu hadis lebih kurang mafhumnya 'dosa adalah sesuatu yang menggelisahkan perasaanmu'. Padan lah saya selalu rasa gelisah tiap kali saya beratur nak beli nasi waktu zohor hari jumaat.

Nak dijadikan cerita, kami memang selalu makan nasi ...... pada hari jumaat. Boleh dikatakan memang rutin mingguan WAJIB makan nasi tu hari jumaat. Saya perasan tukang masak dia lelaki. Saya perasan orang yang menuangkan nasi kedalam polisterin adalah lelaki. Semuanya melayu. Islam. Tapi saya tetap juga beli disitu disebabkan kejahilan yang melampau ini.

Tapi sampai satu tahap rasa tak sedap hati makin menebal, terus tanya naqibah. Dan beliau memberi link ini


Terkedu saya. Dosaku bertimbun !

Kalau punca rezeki datang dari proses yang haram. Makanan masuk dalam badan. Jadi darah daging. Seterusnya lahir generasi demi generasi.

Astaghfirullah...Astaghfirullah...

Kalaulah boleh basuh organ dalaman dengan clorox, air zam-zam, dah lama saya buat. Ok nampak sangat tipu.




Saya tahu. Sebenarnya ramai lagi diluar sana yang memang tak tahu tentang hukum ini. Maka ingin saya highlight kan beberapa point penting tentang perkara spesifik yang menyebabkan hukum jual beli jatuh haram.

1) Waktu HARAM jual beli apabila dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.
2) HARAM jual beli itu jika dilakukan oleh lelaki (peniaga atau penjual) sedangkan waktu itu sepatutnya dia wajib pergi solat jumaat.
3) HALAL segala urusan jual beli kalau penjual mahupun pembeli adalah perempuan :)

Makanya.....

Kalau benar kamu termasuk dalam golongan mereka-mereka yang menjaga hukum !

Apalah salahnya tinggalkan urusan jual beli selama 1 jam. Uruskan urusan kamu dengan Allah dahulu.

Apalah salahnya kalau hire seorang staff perempuan. Khusus untuk hari jumaat. Antara jam 1 hingga 2 petang, tinggalkanlah kepada staff perempuan untuk uruskan urusan menjual.

Bukankah rezeki itu datangnya dari Allah. Andai saja kamu mengerti.

~ Melihatkan terlalu ramai orang yang tak pandang serius tentang hukum jual beli waktu solat jumaat dan saya sendiri agak sukar mencari peniaga wanita untuk beli nasi. Ini betul-betul membuat saya terfikir untuk bagi surat layang. Upss..bukan surat tapi artikel layang. 

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment