Tuesday 18 August 2015

untuk dapat hati yang baik perlukan mujahadah !



Saya ada kenalan. Luarannya mungkin tidak mencerminkan dirinya seorang muslimah. Mungkin saja kalau dilihat dari pakaiannya, rambutnya, cara hidupnya. Memang jelas. Dia seorang yang kurang pentingkan cara hidup islam. 

Tapi ! ada satu benda tentang dirinya yang betul-betul buat saya kagum. Dan terus kagum. 

Dia.....

Bukan kaki pengumpat. Bukan jenis mulut murai. Bukan juga mulut tempayan. Tidak suka gosip murahan. Tidak suka bicara tentang hal orang lain. Tidak suka ambil tahu (cari rahsia) orang lain. 

Dan saya terfikir satu perkara. 

Boleh jadi pahala dia tidak mengumpat, tidak memburukkan orang lain, penyebab timbangan kebaikannya lebih berat dari keburukan diakhirat. Boleh jadi itu penyebab dia masuk ke syurga.

Perkara yang kecil, dosa yang kononnya nampak kecik, kalau berterusan melakukannya. Boleh jadi benda berat diakhirat kelak.

Perkara yang besar, dosa yang besar, kalau timbul kesedaran diri dipenghujung kematian dan sempat bertaubat..Settle semuanya. Settle. Report card A plus. Berbahagialah dikau dalam perjalanan menuju ke syurga Allah.

Kerana, saya juga punya kenalan yang luarannya memang muslimah sejati, tetapi kata-katanya...Selalu saja mengata tentang orang.

Jadi kita ni. Janganlah cepat sangat jump into conclusion dengan tengok external appearance seseorang. Hati tu yang paling kena jaga. Cuba belajar setiap kali tengok orang, just tengok dengan pandangan kosong. Jangan bagi hati tu bercakap buruk. Kalau nak bercakap juga, didik hati cakap benda yang baik.

Ehh hati boleh dididik tahu? 

Bukankah bersangka buruk itu hasil dari hati yang buruk. Hati hitam, hati busuk semuanya dari baja dosa yang disemai berulang ulang kali.

Sekali lagi saya ingatkan diri saya dan kamu semua. Jagalah hati dari bersangka buruk tentang orang lain.

Kerana, penentu kehidupan kita didunia adalah disaat kematian kita. Bagaimana keadaan kita ketika meninggal (masih beriman atau tidak, graf iman tinggi atau rendah), itulah jawapan untuk seluruh kehidupan yang pernah kita lalui didunia ini.


Ya Allah. Engkau kurniakanlah kami husnul khatimah....
Aku benar benar inginkan pengakhiran yang baik


Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment