Bismillah
Tadi mak saya tunjuk satu artikel yang ditulis oleh seseorang yang...
Tidak dapat dinafikan,
Mempunyai pengetahuan yang luas.
Ada ramai pengikut.
Kata-katanya dapat mempengaruhi orang ramai.
Penulis yang terkenal.
Tapi sayangnya,
Dia menulis hanya mengguna akal semata.
Sedang yang diperkatakannya adalah tentang agama. Islam.
Benda yang agak bahaya. Apabila kita berbicara tentang sesuatu sedang kita bukan dari ahlinya.
Layakkah saya menulis artikel tentang systemic lupus erythematosus. Sedangkan saya baru dengar nama penuh penyakit tu dua hari lepas.
Layakkah saya berbicara tentang fiqah. Sedangkan benda basic pun menggagau cari kawan (ahli fiqah) yang tahu hukum.
Hmmmm.
Mungkin layak.
Itupun sekiranya saya betul betul faham dan yakin dan bahan rujukan yang digunakan memang sahih dari segi sanad, matan dan meyakini perawinya seorang yang amanah lagi jujur.
Tapi.
Perlu kita ingat, dalam agama, bukan semua. Saya ulang. Bukan semua perkara kita boleh berfikir dan bercakap berdasarkan akal fikiran yang teramatlah limited edition untuk kita faham kesemua ilmu Allah.
Pabila agama ditafsirkan oleh akal semata, kita akan lihat pohon dibawah sedang akar diatas.
Wallahu A'lam
" katakanlah (wahai Muhammad): mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul) itu " ( Al-An'am : 11)
Monday, 28 December 2015
Sunday, 27 December 2015
Bila si A dan si B berbicara
Semalam. Waktu tengah mengecat pagar, terdengar abang dengan kakak ipar saya bersembang....
Abang : Ish ni semua sebab najib la ni
Kakak : Eh. Sokmo la abang ni. Sikit sikit salah najib. Sikit sikit salahkan dia. Nanti abang merangkak jumpa najib minta maaf (kat padang mahsyar) baru tahu.
**********************
Ayat kakak ipar saya betul betul buat saya berfikir panjang.
Ibaratnya......
'kalau dah tak ada apa2 perkara baik yang nak dicakapkan, lebih baik diam'.
Tengok diri sendiri dekat cermin.
Hmmmmm. T___T
Wallahu A'lam
Saturday, 26 December 2015
Thursday, 24 December 2015
Barakallahulakum (part 2)
Seperti yang dijanjikan.
Rentetan 3 sahabat MPI yang selamat diijab kabulkan tahun lepas,
Tahun ni 4 lagi pasangan terus menyusul laju.
Nak tahu siapa mereka ?
Pasangan pertama 2015
Nazeera Alias dan pasangan
Pasangan kedua 2015
Muhammad Anwar Aswad dan pasangan
Pasangan ketiga 2015
Zul Asyraf Ariff Fazilah dan pasangan
Pasangan keempat 2015
Siti Safiah Nasoha dan Faris Azim
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Tahniah semua !
Moga beroleh keberkatan, ketenangan dan keredhaan Allah s.w.t selalu.
Next year, siapa yang membuka lembaran baru ye?
Adakah
Mereka itu?
Atau
Mereka yang itu?
Allahu ta'ala a'lam
P/s : Gambar yang dipost tu main dan je ambil dari WhatsApp. So faham faham jela. Ejaan nama kalau terlebih @ terkurang huruf, saya minta maaf ye
Wallahu A'lam
Wednesday, 23 December 2015
Dimensi berbeza
Kadang tu.
Kita tidur 5 minit. Tapi dalam mimpi, kita dah merantau ke empat negeri. Mengambil masa berhari hari dan kita rasa masa tu saaaangat lama. Berpeluh. Penat.
Namun hakikatnya, mengikut perhitungan masa dunia, kita hanya tidur 5 minit.
Tengok pulak kisah ashabul kahfi.
Mereka rasa mereka tidur hanya sehari.
Namun hakikatnya, mengikut perhitungan masa dunia, mereka tidur selama 390 tahun. Abad berganti abad.
Nampakkan.
Perhitungan masa antara dunia @ (alam nyata) dengan akhirat @ (alam maya) sangat berbeza.
Yang agak seram.
Dalam al-quran, Allah banyak sebut, manusia ketika disana nanti, merasakan mereka hidup didunia hanya beberapa saat diwaktu tengahari. Ada yang sebut separuh hari.
Kalau macam tu, perhitungan masa akhirat tak terjangkau dek akal la jawabnya.
Nak kira dan tahu jugak masa akhirat secara tepat?
Semuanya berbalik kepada......
---> I.M.A.N
Wallahu A'lam
Sunday, 20 December 2015
Kenali simtom riya'
Bismillah...
Jap nak tanya. Simtom tu memang ada eh ejaan dalam bahasa melayu?
Allahu A'lam....
Cerita semalam. (Perkongsian dari seorang ustaz)
Katakanlah.
Setiap hari awak buat tahajud. Solat sunat hajat tak pernah tinggal. Tapi tiba-tiba satu hari ni kawan awak tidur rumah awak dan sebilik pulak tu.
Waktu tu awak berkira-kira,
---> eh aku nak bangun buat solat tahajud tak ni eh. Sekarang dh pukul 3 pagi. Tapi kalau aku bangun, takut -takut kawan aku cakap aku riya'........
Ketahuilah.
Ketika terlintas saja perasaan tu, itu merupakan riya' yang terbesar. Itulah riya' yang sebenar-benar riya'.
Benda yang patut kita buat, bangun je. Abaikan perasaan tu. In fact memang hari hari pun kan awak bangun pagi solat tahajud. Kenapa tiba-tiba waktu kawan datang rumah, ada pulak rasa sangsi.
Zaalika min 'hasutan' syaitonirrojim
Cepat cepat istighfar.
Dan bangun ! :)

Thursday, 17 December 2015
Rasa aman tu macam mana?
Bismillah...
Kenapa kita sering menggunakan ungkapan 'terlanjur' sedang hakikatnya mereka sudah berzina?
Mungkinkah menjaga imej 'budi bahasa budaya kita'?
Tak ke kalau cakap 'berzina' lebih makan dalam.
Ehhh...lari tajuk pulak.
Sebenarnya nak cakap, kenapa kita selalu dihasut dengan perkataan aman?
- Negara kita aman kerana tiada perang -
Mmmm..maksudnya aman tu diukur atas dasar peperangan ke?
Macam mana pulak dengan perasaan yang satu ni...
---> Bila nak keluar rumah, rasa macam nak pakai baju besi je :,(
---> Aman ke tu?

Tuesday, 15 December 2015
Pengembaraan menuju Tuhan
'Kun fiddunya
Kaannaka gharib au 'aabiru sabil...'
Jadilah kamu didunia ini
Seperti seorang pengembara atau perantau dijalan...
- hadis riwayat bukhari -
Terbayang...
Bila dapat report card dekat padang mahsyar.
Tangan kanan atau kiri yang akan aku hulur.
Allah....
Serious.
Dalam banyak banyak benda.
Part ni yang paling aku takut.
'Sign' kesyurga atau keneraka.
T_____________T
- Ya Allah kurniakan aku syurga-Mu -
Wallahu A'lam
Friday, 11 December 2015
Inna akramakum 'indallahi atqaqum
Beliau senior abang saya waktu dekat universiti madinah dulu
Siap nasyid sekali dalam majlis kahwin adik beliau di perlis
Nasyid dulu kala
Tetibe teringat balik
Nostalgia ni
(Abang saya baru tunjuk tadi, so saya dengar...sedap jugak)
Ambil yang baik
Tegur yang salah
Kalau saja kita tahu adab antara saudara seislam
Wallahu A'lam
Jom tutup syarikat
As at 11 December 2015.
Six companies choose to go for winding up instead of strike off and the luckiest person in the universe would be.....
Me. Myself :) / :(
Chosen to handle all these job.
Based on my experiences (tak de la lama mana pun, baru setahun), sebagai liquidator (kelas bawahan / buruh) ni, nak bubar kan syarikat klien bukannya susah pun.
Tapi !
Yang buat proses pembubaran ni mengambil masa sampai hampir 10 Tahun (maaf terpaksa hiperbola), disebabkan tersangkut dekat empat tempat.
Haa, empat tempat?
Ya. Empat tempat. Keadaannya seperti dibawah.
1) Difficult to pick up the phone
- Kalau boleh saya katakan, hari hari saya cuba menghubungi empat tempat ini. Tapi suuuuuuusah sangat keempat empat tempat ini mahu mengangkat ganggang talifon.
2) Keep passing the line
A : Selamat pagi. Boleh saya bantu?
Me : Beria explain nak apa....
A : Ok, sebentar saya pass kan talian ke pegawai berkaitan
Me : Setia menuggu
B : Selamat pagi. Boleh saya bantu
Me : Explain dengan penuh ketenangan. Persis radio kena rewind....
B : Oh, bukan saya yang handle syarikat ni. Nanti saya pass line ke pegawai berkaitan
Me : Yang sememangnya sudah terdidik. Masih setia menunggu
C : Selamat pagi. Boleh saya bantu?
Me : Rakaman suara buat kali ketiga. Explain benda yang sama.
C : Ooo, person incharge company ni cuti bersalin
Me : Errr, pegawai lain tak boleh ambil alih tugas beliau ke?
C : Maaf cik, tak boleh...
Me : ?????????
3) After waiting for an hour, suddenly the line went off
- Situasi yang tak banyak beza macam kat atas (no 2), tapi pengakhiran yang mengeciwakan setelah penantian mencecah 30 minit. Tengah dok pas pas line, tetibe.....
-----> Tetttttttttttt......
4) Need to understand how do they work
- Bukannya kita bagi surat kat tempat tu, lepastu kita boleh dapat apa yang kita nak. Kita kena buat surat lagi dan lagi dan lagi. Pernah saya cakap 'err saya dah hantar surat bulan lepas. Siap ada cop 'received' dari tempat anda. Boleh tak saya email je surat yang sama memandangkan saya ada buat dua copy.
- Tak boleh ! Kami di tingkat yang berasingan !
5) Took too long to reply your email
Me : Encik, hari tu cakap syarikat sekian sekian tiada tunggakan hutang dengan (tempat) encik kan. Jadi boleh tak saya dapatkan surat pengesahan.
Encik : Eh, saya dah pos dah dua minggu lepas.
Me : Tapi saya tak dapat lagi. (Maklum lah. Posmen, takut tersilap hantar tempat). Boleh tak encik email je saya surat tu.
Encik : Oh ok2.
Seminggu selepas, ulang benda yang sama. Dan encik berkata'ok2 saya email hari ni, email cik......kan'
Sebulan berlalu, ulang lagi benda yang sama. Kemudian encik berkata 'baik, saya email sekarang'
Bulan mengambang (Heyy encik bila nak email saya haaaaaaaaaa).
Budi bahasa budaya kita. Jaga tu :) senyum kambing biri biri
Dan banyak lagi kalau nak suruh saya senaraikan. Tapi cukuplah setakat ni.
P/s : Banyak syarikat dah tutup. Bakal banyak pengangguran berlaku. Makin meningkatlah kadar jenayah. :( wal'iyazubillah
Wallahu A'lam
Tuesday, 8 December 2015
Disana menanti
' Kullu nafsin zaaiqatul maut '.
Setiap yang bernyawa akan merasai kematian...
Semua orang sedar, semua orang memperkatakan benda yang sama.
Kita semua akan meninggal. Kita akan kembali ke tanah. Kita akan dikembalikan kepada pencipta kita.
Tapi....
Sejauh mana kefahaman kita terhadap ayat Allah diatas?
Sejauh mana kita perhati, fahami, hayati peringatan itu?
Dan yang utama...
Sejauh mana persiapan kita menghadapinya?
***********************
Harapanku yang menggunung. Moga moga Allah s.w.t redha dan terima semua amalanku yang bakal dipersembahkan disana.
Wallahu A'lam
Saturday, 5 December 2015
KeredhaanMu
Tuhan...
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya
Kau Maha Pengasih
Wallahu A'lam
Main kemas kemas rumah
Bismillah...
Sabtu Ahad.
Selain berjalan, aktiviti yang selalu kita orang buat tak lain tak bukan, mengemas rumah.
Kerusi tarik ke sana. Meja tarik ke sini. Divider campak ke selatan. Meja kecik humban kebawah.
Living room cantik. Kemas. Lapang.
Tengok dining room. MashaAllah ! Barang bertimbun. Berselerak.
(@_@)
Kalau divider ni boleh bercakap. Mesti dia cakap 'oii bulan ni nak bawak aku kemana pulak dah' haaa ?
Tengah kemas kemas, terjumpa ni.
Haha surat orang baru grad ! Kehkeh....
Rindu lah pula :P

Wednesday, 2 December 2015
Jika diberi pilihan...
Berilah sejuta kelebihan......
Walau diberi pilihan, saya tetap tidak akan memilih 'doktor' sebagai bidang kerjaya.
Saya tak faham macam mana orang orang diluar sana, u there, yes you, reading this post (and probably a doctor), suka dan boleh dan sanggup terjun ke jurusan doktor.
Setiap hari bukannya tengok nombor atau bangunan ke atau baju ke atau komputer ke. Tapi... Hari hari tengok luka, darah, kulit terkoyak (erghhh sakit kot), organ, air bermacam macam kaler (kuning, merah, biru (ok over)), dengar orang jerit tahan sakit, tengok tangan terkulai, kaki separuh sebab baru lepas accident (serious saya dah ngilu). Senang cakap hari hari mengadap tubuh badan orang la.
---> ok. Ini badan. Jahitlah kulit tu T____T
Saya, tak boleh tengok gambar yang ngeri2. Gambar saudara Palestin, Syria, saya tak sanggup tengok. Tak boleh. Tak tahu kenapa. Bulu roma boleh berdiri tegak tanpa arahan kalau tertengok sikit. Seram sejuk pun ada. Ngilu. Kesannya, susah nak makan dan tidur la jawabnya. Hmmm itu baru sikit.
Kalau pergi hospital, jangan harap mata saya berani melilau tengok orang. Silap haribulan ternampak orang kulit terbakar, mau tak makan seminggu. Sakit tu.....
Cuba bayangkan kalau saya jadi doktor. Ada patient nak consult dengan saya. Baru buka lengan baju tunjuk luka. Saya rasa saya pengsan dulu dari dia. Saya pulak yang jadi pesakit.
InnAllaha ya'lamu waantum la ta'lamun. Sesungguhnya Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
Kamu disana....
Yang bakal atau sudah bergelar doktor, yang hidupnya hari hari berlari dalam hospital, yang hampir hampir insane kena maki dengan senior, yang jiwanya hampir kosong, gelap, demotivated.
Percayalah. Kamu sebenarnya mampu melalui hari hari itu. Allah lebih tahu siapa yang layak, siapa yang tidak layak.
Awak tu sakina, dah dok hari hari main dengan nombor, jangan merungut.
Alhamdulillah 'ala kulli haaal :)
Wallahu A'lam
Tuesday, 24 November 2015
Tak jemu pun
Bismillah
Sedang membilang saat untuk membentang tajuk ketinggian nilai balaghah al-quran. Ada satu bahagian tu saya baca. Memang membuatkan saya terfikir.
'Bezanya kalam Allah (al-quran) dengan kata kata manusia biasa, kita tidak akan jemu dengar bacaan Quran walau berulang ulang kali'....
Betul kan. Kalau dengar lagu ke, sajak ke, even orang cakap benda yang sama. Ulang banyak kali memang rasa nak termuntah. Tapi quran tak la pulak. Setiap rakaat kita baca alfatihah, hatta seumur hidup kita ulang bacaan yang sama. Pernah ke rasa jemu?
Tu lah dia antara mukjizat kalam Tuhan. Kita tak kan jemu dengar sampai kiamat.

Tuesday, 17 November 2015
Al wiqayah khairun minal 'ilaj
Tak payah nak heran dan pelik dan ajaib sangat la kenapa baaanyak sangat kes bunuh, buli, ragut, roro & seangkatan dgn nya yang memang saya langsung tak boleh tengok mahupun dengar berita ngeri setiap hari.
Kenapa boleh jadi macam ni?
- hmmm tengoklah baby sebelah tu dok main iPad.
Wahai pemimpin. Kamu yang jaga keluar masuk informasi data data kedalam negara. Kenapa tidak disekat video video yang memusnahkan akhlak?
Wahai ibu bapa. Kamu yang berkuasa membeli telefon pintar. Mengapa diberi kepada anak yang masih belum tahu bezakan baik buruk? Nak diamkan anak? Banyak lagi cara lain. Tak payah nak bagi sangat iPad bagai.
Kuasa penglihatan dan minda sangat kuat. Bijaklah dalam mendidik dan mengawalnya.
Semua tahu. Antara banyak banyak laman sosial, TV dengan internet yang paling berkuasa besar dalam mempengaruh orang.
Saya dan kamu juga tahu. Selalunya iklan ni, tugas dia mengajar @ mengajak.
Yang saya tak tahan, ada iklan MENGAJAR cara memandu cermat. Siap tunjuk kesan cuai memandu. Ada jugak iklan MENGAJAR sikap sebagai pekerja yang bagus. Menggunakan masa sebaik mungkin. Kesan dia kerja siap cepat.
Ya Rabb. Macam tu sekali sikap kebanyakan kita (moga saya dijauhkan dr sifat mazmumah). Perlu diajar rupanya. Satu satu.
Nampak sangat mentality dah parah. Betul. Parah !
Macam tak boleh nak settlekan masalah negara...
Semua berbalik pada al-quran, sunnah.
Akhlak insyaAllah tip top !
- Mencegah lebih baik dari merawat -
Wallahu A'lam
Wednesday, 11 November 2015
Buku :)
Bismillah...
Bila kemas rumah, susah sangat nak habis dalam masa sehari. Sejam apatah lagi. Mana tak nya.....
- Bukak 1 kotak, penuh buku sekolah rendah. Belek satu satu. Tengok tulisan, contengan hasil kreativiti masing masing. Tergelak sorang sorang.....dua jam....baru habis 1 kotak
- Bukak kotak kedua. Ehh majalah sekolah menengah. Fuyyooo kita dh belajar banyak hadis rupanya. Perghh tafsir, tauhid, sirah...banyak rupanya dah belajar. Asal rasa tak tau apa apa nihhh? T___T
- Bukak kotak ketiga. Penuh buku nota mak saya. 1977, 1979...nota tentang risalah ta'lim, asas manhaj.. Bukan main banyak. Nota bahasa arab pun ada ! Haha yang lawaknya bila mak saya cakap 'ehh mama ada belajar bahasa arab rupanya. Stage 4. Tinggi tuuuu' haha. Saya ni yang dok tengok nota-nota mak yang memang mengalahkan nota saya terus cakap dekat mak 'hmmm kalau gini la gayanya, mama ni dah sampai level penceramah, ustazah gamaknya'. Senyum simpul masing masing. Dan terkeluar jugak....'bhahahaha'....
- Cerita tentang ayah saya. Fuhhh.. Kalah semua orang. Kalau cerita tentang buku ayah saya, memang tak habis la menulis. Berkotak kotak kotak. Cakap kat mak 'hah ni Ayah ni haaaa. Kalau cakap masih seciput ilmu, tak tau la nak cakap apa'. Hari tu mengemas nak alihkan almari yang besar penuh dengan buku. Sampai roboh la almari tu. Over loaded. Ilmu tu.
- Tapi saya sedih. Bila teringat peribahasa. Ilmu didada, bukannya dibuku.
- Saya nak mula balik membaca seberapa banyak ilmu yang pernah saya belajar. Dan insyaAllah saya akan cuba mengamalkannya.
- Doakan.

Buku darjah enam |

Nota mak saya dulu kala |

Tuesday, 10 November 2015
Samakun
Bismillah.....
Assuaal. Apakah makanan yang baik untuk minda?
The answer is....fish..
Saya suka makan ikan. Saya suka makan ikan. Saya suka makan ikan.
Cakap la banyak banyak. Moga jadi satu doa dan dimakbulkan.

Sunday, 18 October 2015
Don't ask me that question
A : Assalamualaikum. Ya Allah lamanya tak jumpa. Ni menantu yang keberapa ni?
B : Wa'alaikumussalam. Alhamdulillah, yang kedua.
A : Sambil2 jeling manja pandang saya dan pegang tangan saya, yang ni bila pulak?
Me : Dalam hati. Hmmm..soalan,as expected.. Terus tunjuk gigi yang tak berapa nak lurus.
******************************
Seminggu sebelum, dekat ofis...
Me : Wt, habis lah saya.. Time kenduri kakak saya nanti soalan yang bakal saya dengar 'yang ni bila lagi', 'sakina bila pulak'...huhu terpaksa la den tadah telinga lebar lebar.
Wt : Kina nak tau tak, saya ada terbaca, bila orang tanya pasal jodoh, jawab balik dekat dia 'err, makcik bila meninggal ek'?
Me : Uihh.. Dahsyat sangat soalan tu
Wt : Yela. Soal jodoh,mati semua tu kan rahsia Allah. Yang makck2 tu nak tny, nak tau sangat bila kita kawin, haa tula jawapannya.
******************************
Dan saya, selain jawapannya tunjuk gigi, saya jawab 'soooooon insyaAllah. Doa doa kan ye'.
Wallahu A'lam
Sunday, 11 October 2015
helping hand
If Allah bless you financially
Do not raise your standard of living
But raise your standard of giving
- quoted -
Wallahu A'lam
Sunday, 27 September 2015
Lari bajet
Bismillah...
Maintenance.
Nama pun dah melambangkan tugasan. Kan ke patut kita panggil orang maintenance untuk cek sesuatu benda setiap dua bulan sekali atau setiap enam bulan sekali. Itulah gunanya 'maintenance'.
Bukannya panggil waktu benda tu dah rosak.
Ke guane?
Padan lah semenjak dua menjak ni banyak kes pelik pelik keluar.
- psst...tak cukup bajet la nak bayar orang datang cek setiap bulan.
Adehhh

Thursday, 24 September 2015
Korban
Bismillah..
24.09.2015
Selamat hari raya aidiladha ! :)
Disini....
Tanpa solat sunat raya, tanpa bertakbir, tanpa melihat binatang korban disembelih, tanpa menolong mengagihkan daging, tanpa memahami erti sebenar ibadah korban. Rasanya perasaan raya tu, memang kosong. Kosong. Tiada ziarah, tidak berkumpul sesama sanak saudara. Sunyi. Sangat suram.
Disana....
Makin banyak berita kematian kita terima. Tapi, mereka beruntung. Berapa ramai umat Islam berdoa moga dikurniakan husnul khatimah. Sedang mereka sudah mendapatkannya (insyaAllah).
Moga moga segala amalan mereka diterima Allah s.w.t dan ditempatkan didalam golongan orang orang yang bertaqwa.
Allahummaghfirlahum warhamhum wa'afihi wa'fu'anhum...

Sunday, 13 September 2015
Batu pahat menjadi sejarah
Bismillah...
Batu pahat. Melaka. Kuala Lumpur.
12 September 2015
Ada orang menganggap tarikh tu sebagai tarikh keramat.
Ada orang menganggap angka 12 dan sembilan sangat istimewa.
Ada orang memandang tarikh, tidak lebih hanya sekadar nombor.
Semua perkara yang berlaku, hanya dapat difahami oleh individu yang mengalami. Bagaimana kita menafsir sesuatu, ianya terpulang kepada kita.
******************
Kisah semalam...
Memenuhi jemputan walimatul urus teman sepejabat di Batu Pahat. Melihat adat yang berlainan sedikit dengan kami disini...
Gembira. Melihat mereka gembira :)
Kami mendoakan moga rumah tangga yang terbina, diberkati Allah s.w.t selama lamanya..

Pantai klebang Melaka, 6.45 p.m
Wallahu A'lam
Wednesday, 2 September 2015
Ba ro ka ta
Bismillah...
Kaf ba ro kaf alif ta nun. Keberkatan.
Teringat dulu dulu. Ni antara ungkapan yang selalu disebut oleh ummi Muhammad adif dalam cite dunia baru.
Pernah tak tertanya tanya diri sendiri. Macam mana ek nak tau hidup kamu ni berkat atau tak?
Hmmm. Mungkin tiada istilah yang boleh menafsirkan keberkatan. Cumanya, setahu saya berkat ni macam
- kalau campak benih, keluar sayur
- campak dedak, ayam gemok
- campak cacing, ikan besar
- campak biji cempedak, tumbuh pokok durian (?)
Campak la apa apa, semua menjadi. Memberi manfaat kepada sesiapa saja.
Macam tu la. Jadi kalau nak tau hidup kita ni berkat atau tak, jawapannya...
Try campak diri kat tengah laut, agak agak ada orang perasan tak yang awak tak wujud?

Monday, 31 August 2015
Doa lah banyak banyak. Tak rugi pun
Tahukah kamu..?
Apabila kita berdoa, Allah mempunyai 3 cara untuk membalas permintaan kita.
1) Allah perkenankan dan memakbulkan
- Contohnya. Kita dipanggil pergi interview disyarikat A dan kita nak sangat sangat kerja disitu. Kemudian kita berdoa 'ya Allah pilihlah aku dalam kalangan hamba-hambaMu yang dapat kerja disyarikat berkenaan. Ya Allah makbulkan doaku agar aku dapat kerja disitu. Perkenankanlah ya Allah'.
- Dan ya. Doa itu termakbul. Kita dapat kerja disitu.
2) Allah beri yang lebih baik
- Seperti contoh diatas, kita nak kerja disyarikat A. Tetapi alih alih kita dapat syarikat B yang pada mata kita tak setimpal dengan kelayakan kita sebagai pemegang ijazah sarjana muda first class.
- Waktu permulaan, mungkin hati memberontak. Mempersoalkan kenapa Allah tak bagi syarikat A. Tetapi lama kelamaan baru kita nampak hikmah disebaliknya. Dikurniakan bos yang baik hati, tiada perasaan iri hati sesama teman sepejabat, semuanya sekepala, tiada dosa mengumpat, tiada dosa menipu masuk lewat ke pejabat. Kerana semuanya tahu hukum. Tahu dosa pahala.
- Kemudian, baru lah kita menadah tangan menzahirkan rasa syukur 'ya Allah betapa bersyukurnya aku dikurniakan tempat kerja yang baik untuk agama dan diriku. Terima kasih ya Allah'
3) Allah memberi ganjarannya diakhirat
- Kita doa nak kerja dekat syarikat A, tak temakbul, B pun sama, C lagi tak dapat. Seminggu lamanya menuggu, sebulan, setahun, masih tak dapat kerja.
- Bagi kita semua, ini memang ujian paling berat. Yela. Usaha sudah, doa sudah tapi masih tak nampak hasil.
- Saya ada terdengar ceramah, syeikh itu menceritakan dari sebuah hadis tentang doa seorang hamba yang tidak dimakbulkan dimuka bumi. Untuk segala doa yang masih tidak dimakbulkan, untuk semua permintaan yang masih tak dapat didunia, untuk setiap keinginanan yang masih belum dikecapi, Allah akan tukar semua itu dengan ganjaran kebaikan yang akan diberi diakhirat kelak. Dengan syarat, doa dan mintalah apa saja dari Allah. Memang tak akan rugi sedikitpun.
Jadi, jangan kita bersangka buruk dengan Allah, kerana janji Allah didalam al-quran, 'berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku akan perkenankan'...
Innallaha laa yukhliful mi'ad
- Psstttt. Contoh diatas hanya rekaan semata-mata.
Wallahu A'lam
Sunday, 30 August 2015
Lautan kuning
Bismillah...
Kata kakakku 'oh orang yang selalu joging kat padang polo ni ramai pembangkang rupanya'..
Hikhik. Tadi niatnya nak bawak opah jalan jalan kat padang polo lepas breakfast tapi tak jadi sebab jalan sesak, semuanya berbaju kuning. Ada yang pakai baju ikut tema. Ada yang berkemeja kuning. Bersinglet kuning. Baju bola Malaysia pon bolehhh..hehe
'Opah ramai orang la. Kita datang petang ni la eh. Nanti boleh main belon. Layang layang. Best sikit sebab petang petang berangin :)'
Balik kampung macam macam cerita politik saya tau. Haha. Nak tau tak, sebenarnya kan......
Ohh saya tak layak dan tak patut cerita kat sini. Kome sendiri la cari berita sahih ye. Cumanya ada satu part yang buat kami semua tergelak besar. Bila pak su saya cerita tentang kesemputan rakyat nak mengharungi kehidupan sekarang dan akan datang, katanya...
'Hmmm besi burghok dah tinggey separghuh, apa nak dikatok?'
- makan dalam ni wahai pemimpin-

Saturday, 29 August 2015
Siapa yang berkuasa sekarang ni?
Bismillah.
Dalam keadaan separa sedar,kadang kadang mereka membuatkan saya makin mual dengan teknologi.
Kita yang menguasai teknologi, bukan sebaliknya. Kenapa kita sukar menilai mana satu berita yang patut disebarkan, mana berita yang perlu berhenti di tangan kita sahaja tanpa perlu menekan butang 'forward' & 'send'.
Teknologi, makin rakus dikau menjajah pemikiran manusia ya. Makin hebat pengaruh dikau terhadap manusia manusia di bumi ini :(
Ohh, bukan salah dikau. Tetapi tangan manusia itu sendiri. Manusia yang hilang arah dan pertimbangan sehingga mengikut segala arahan hawa nafsu mereka.
Ya Allah, ampuni aku T_T

Tuesday, 18 August 2015
untuk dapat hati yang baik perlukan mujahadah !
Saya ada kenalan. Luarannya mungkin tidak mencerminkan dirinya seorang muslimah. Mungkin saja kalau dilihat dari pakaiannya, rambutnya, cara hidupnya. Memang jelas. Dia seorang yang kurang pentingkan cara hidup islam.
Tapi ! ada satu benda tentang dirinya yang betul-betul buat saya kagum. Dan terus kagum.
Dia.....
Bukan kaki pengumpat. Bukan jenis mulut murai. Bukan juga mulut tempayan. Tidak suka gosip murahan. Tidak suka bicara tentang hal orang lain. Tidak suka ambil tahu (cari rahsia) orang lain.
Dan saya terfikir satu perkara.
Boleh jadi pahala dia tidak mengumpat, tidak memburukkan orang lain, penyebab timbangan kebaikannya lebih berat dari keburukan diakhirat. Boleh jadi itu penyebab dia masuk ke syurga.
Perkara yang kecil, dosa yang kononnya nampak kecik, kalau berterusan melakukannya. Boleh jadi benda berat diakhirat kelak.
Perkara yang besar, dosa yang besar, kalau timbul kesedaran diri dipenghujung kematian dan sempat bertaubat..Settle semuanya. Settle. Report card A plus. Berbahagialah dikau dalam perjalanan menuju ke syurga Allah.
Kerana, saya juga punya kenalan yang luarannya memang muslimah sejati, tetapi kata-katanya...Selalu saja mengata tentang orang.
Jadi kita ni. Janganlah cepat sangat jump into conclusion dengan tengok external appearance seseorang. Hati tu yang paling kena jaga. Cuba belajar setiap kali tengok orang, just tengok dengan pandangan kosong. Jangan bagi hati tu bercakap buruk. Kalau nak bercakap juga, didik hati cakap benda yang baik.
Ehh hati boleh dididik tahu?
Bukankah bersangka buruk itu hasil dari hati yang buruk. Hati hitam, hati busuk semuanya dari baja dosa yang disemai berulang ulang kali.
Sekali lagi saya ingatkan diri saya dan kamu semua. Jagalah hati dari bersangka buruk tentang orang lain.
Kerana, penentu kehidupan kita didunia adalah disaat kematian kita. Bagaimana keadaan kita ketika meninggal (masih beriman atau tidak, graf iman tinggi atau rendah), itulah jawapan untuk seluruh kehidupan yang pernah kita lalui didunia ini.
Ya Allah. Engkau kurniakanlah kami husnul khatimah....
Aku benar benar inginkan pengakhiran yang baik
Wallahu A'lam
Monday, 17 August 2015
tiba tiba mata jadi kecik
Www-whats that? (mata sepet. angkat kening sebelah)
Huhu.. Sedih saya tengok. Macam inikah yang dinamakan....Macam inikah contoh....
Mungkin ada dalam kalangan mereka yang hatinya menjerit seperti ini..
---> Erghhhhh geram ! Hey kamu ! Kamu ni orang islam ke bukan islam haaa? Tak tahu batas hukum ke? Hey kamu ! Saya sedang cakap dengan kamu ni ! Satu dunia tengah tengok saya tahu tak? Fitnah ini datang dari kamu ! Kamu yang patut dipersalahkan !
Tapi apakan daya. Saya tidak salahkan mereka seratus peratus. Kerana mereka peserta. Rule sebagai peserta, nak tak nak kena ikut cakap ! Waaaajibul ghunnah ! Must do the instruction ! No excuse ! No excuse ! and No mercy !
Tapikan. Walau pun kita peserta, bukankah kita punya hak untuk pertahankan yang benar?
Hmm bagilah sejuta kebaikan yang ada padanya. Saya tetap akan bertanya.Apakah ini?
Jadi mari kita pakat salahkan 'kepala' program. Heyyy ok apa, dari buat program lain, baik la program ni. Tu la manusia, walaupun orang 'kurang baik' buat 'benda baik', still nampak tak baik. Tu lah manusia.
Astaghfirullah...Tetapi ! Sungguh ! Saya tak percaya dengan hampir semua slot dalam penggambaran. Untuk seorang 'icon' berbasahan bersama. Ini melampaui batasan wahai...wahai...
Dari apa yang saya nampak, kalau kita tidak faham islam betul-betul, buatlah apa saja yang pada pandangan kita itu 'baik', ketahuilah sebenarnya terdapat seribu satu kecacatan padanya. Kalau saja kita mengerti.
Bukan mudah wahai....bukan mudah....
~ Dari banyak banyak program dot dot dot, saya paling tabik pada imam muda musim pertama. Hat's off !
~ Rasanya program seperti itu hanya layak untuk lelaki je kot. Yang perempuan, buat secara tertutup lah.
Wallahu A'lam
Mungkin ada dalam kalangan mereka yang hatinya menjerit seperti ini..
---> Erghhhhh geram ! Hey kamu ! Kamu ni orang islam ke bukan islam haaa? Tak tahu batas hukum ke? Hey kamu ! Saya sedang cakap dengan kamu ni ! Satu dunia tengah tengok saya tahu tak? Fitnah ini datang dari kamu ! Kamu yang patut dipersalahkan !
Tapi apakan daya. Saya tidak salahkan mereka seratus peratus. Kerana mereka peserta. Rule sebagai peserta, nak tak nak kena ikut cakap ! Waaaajibul ghunnah ! Must do the instruction ! No excuse ! No excuse ! and No mercy !
Tapikan. Walau pun kita peserta, bukankah kita punya hak untuk pertahankan yang benar?
Hmm bagilah sejuta kebaikan yang ada padanya. Saya tetap akan bertanya.
Jadi mari kita pakat salahkan 'kepala' program.
Astaghfirullah...Tetapi ! Sungguh ! Saya tak percaya dengan hampir semua slot dalam penggambaran. Untuk seorang 'icon' berbasahan bersama. Ini melampaui batasan wahai...wahai...
Dari apa yang saya nampak, kalau kita tidak faham islam betul-betul, buatlah apa saja yang pada pandangan kita itu 'baik', ketahuilah sebenarnya terdapat seribu satu kecacatan padanya. Kalau saja kita mengerti.
Bukan mudah wahai....bukan mudah....
~ Dari banyak banyak program dot dot dot, saya paling tabik pada imam muda musim pertama. Hat's off !
~ Rasanya program seperti itu hanya layak untuk lelaki je kot. Yang perempuan, buat secara tertutup lah.
Wallahu A'lam
Sunday, 16 August 2015
antara kita dan kad perakam masa
Konna koto ii na. Dekitara ii na. Anna yume konna yume. Ippai adu kedo.
Minna minna miina. Kannaete kudedu. Fushigina pokkede. Kannaete kudedu.
Sora wo jiyu ni tobita ina. Hait takekopita !
An an an. Tottemo daisuki.
Doraemon.
Siri kaaad perakaam masaaaaa !
x : Ehm ehm (sambil betulkan tie)..Tak hensem lah tengok cite doraemon lagi.
y : Yeke? Macho je saya tengok :P
*********************************
Tentang punch card.
Fungsi dia semua tahu kan? Untuk rakam jam minit saat kita masuk kerja dan balik kerja. Cuma ada satu benda yang buat saya sedikit hairan.
Soalannya berbunyi...
---> Bila kita punya kad di punch kan oleh orang lain. Sebab takut termasuk lewat ke pejabat. Sebab takut rekod tercemar. Maknanya........kita ni apa ya?
Jawapannya...
----> Kita seorang yang tidak jujur. Tidak amanah. Tidak sedar yang Allah sedang tengok dan malaikat kiri kanan tengah catit setiap detik masa kita. Mungkin jugak kita terlupa yang kad perakam masa Allah lagi power. Nanti kita sendiri boleh tengok semula beramai-ramai dengan orang lain.
~ Flashback...How does the story begin.....
Wallahu A'lam
Saturday, 15 August 2015
TDR bukan tidur ya
TDR
The Daily Reminder
Saya suka dengar TDR
Dekat youtube tu
Simple yet nice
Kalau dengar tu memang zuppp terus ke jantung
memang boleh break into tears lah !
Tazkirahnya,
Bukannya lama mana pun
Do not underestimate the power of 5 minutes...
5 minit boleh mengubah orang dari sedih kepada gembira
5 minit boleh buat orang sugul sepanjang minggu
5 minit boleh jadi turning point untuk mereka berubah
5 minit boleh bagi harapan buat mereka yang ingin bertaubat
and don't be surprised
that 5 minutes can change the world
The whole world
You have my word guys !
Percayalah...
dan dengarlah selalu
TDR
Wallahu A'lam
Thursday, 13 August 2015
waktu yang diharamkan jual beli pada hari jumaat
Saya rasa ramai orang yang tidak tahu tentang waktu jual beli yang diharamkan pada hari jumaat. Sebab saya juga tergolong dalam kalangan mereka yang tidak tahu sebelum ini. Gara-gara 'jahil', pernah je saya terbeli nasi dari peniaga lelaki waktu imam sedang mengalunkan azan zohor.
Kata-kata hati ni sebenarnya tepat jugak kan. Kalau boleh saya katakan 99.99% kata hati tu adalah hampir tepat. Saya teringat satu hadis lebih kurang mafhumnya 'dosa adalah sesuatu yang menggelisahkan perasaanmu'. Padan lah saya selalu rasa gelisah tiap kali saya beratur nak beli nasi waktu zohor hari jumaat.
Nak dijadikan cerita, kami memang selalu makan nasi ...... pada hari jumaat. Boleh dikatakan memang rutin mingguan WAJIB makan nasi tu hari jumaat. Saya perasan tukang masak dia lelaki. Saya perasan orang yang menuangkan nasi kedalam polisterin adalah lelaki. Semuanya melayu. Islam. Tapi saya tetap juga beli disitu disebabkan kejahilan yang melampau ini.
Tapi sampai satu tahap rasa tak sedap hati makin menebal, terus tanya naqibah. Dan beliau memberi link ini
Terkedu saya. Dosaku bertimbun !
Kalau punca rezeki datang dari proses yang haram. Makanan masuk dalam badan. Jadi darah daging. Seterusnya lahir generasi demi generasi.
Astaghfirullah...Astaghfirullah...
Saya tahu. Sebenarnya ramai lagi diluar sana yang memang tak tahu tentang hukum ini. Maka ingin saya highlight kan beberapa point penting tentang perkara spesifik yang menyebabkan hukum jual beli jatuh haram.
1) Waktu HARAM jual beli apabila dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.
2) HARAM jual beli itu jika dilakukan oleh lelaki (peniaga atau penjual) sedangkan waktu itu sepatutnya dia wajib pergi solat jumaat.
3) HALAL segala urusan jual beli kalau penjual mahupun pembeli adalah perempuan :)
Makanya.....
Kalau benar kamu termasuk dalam golongan mereka-mereka yang menjaga hukum !
Apalah salahnya tinggalkan urusan jual beli selama 1 jam. Uruskan urusan kamu dengan Allah dahulu.
Apalah salahnya kalau hire seorang staff perempuan. Khusus untuk hari jumaat. Antara jam 1 hingga 2 petang, tinggalkanlah kepada staff perempuan untuk uruskan urusan menjual.
Bukankah rezeki itu datangnya dari Allah. Andai saja kamu mengerti.
~ Melihatkan terlalu ramai orang yang tak pandang serius tentang hukum jual beli waktu solat jumaat dan saya sendiri agak sukar mencari peniaga wanita untuk beli nasi. Ini betul-betul membuat saya terfikir untuk bagi surat layang. Upss..bukan surat tapi artikel layang.
Wallahu A'lam
Tuesday, 11 August 2015
Mengapa kamu mengatakan sesuatu padahal kamu sendiri tidak melakukannya?
Lima taquluna ma la taf'alun?
Banyak kali kan Allah s.w.t ulang ayat ini dalam al-quran. Bagi saya ini ayat 'tempelak'. Macam kita baling bola kat dinding. Akhirnya bola tu melantun balik kepada kita.
Berapa ramai orang yang menyuruh orang lain mengerjakan kebajikan, tapi pada masa yang sama mereka sendiri tidak melakukannya.
Berapa ramai orang yang berdegar-degar menyuruh orang lain menjaga ikhtilat, namun mereka sendiri gagal menjaga.
Berapa ramai orang yang menegah orang lain dari bertengkar sesama sendiri, tetapi mereka sendiri gagal mengawal lidah dari menyakiti hati insan lain.
Berapa ramai orang yang bercakap tentang dosa melanggar hukum syara', tapi pada masa yang sama mereka sendiri yang selalu melanggarnya.
Golongan inikah yang Allah s.w.t sebut didalam al-quran suratus Saff ayat 2 dan 3 :-
" Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. "
Ya Allah. Lindungilah aku dari kemurkaan-Mu.....
Wallahu A'lam
Monday, 10 August 2015
amalan orang yang berilmu dan tidak berilmu. manakah yang lebih baik?
Golongan pertama. Berilmu tetapi amalan kurang.
Golongan kedua. Tiada ilmu tetapi banyak pula amalannya.
Antara dua golongan ini, rasa-rasanyalah mana yang lebih baik?
Diceritakan perumpamaan bagi golongan kedua, mereka yang tiada ilmu tetapi amalan tersangat sangat banyak.
Mereka mengheret sekarung guni yang besar. Guni itu dipenuhi dengan emas, permata dan berlian. Tetapi ! Guni itu berlubang. Apabila tiba didestinasi yang ingin dituju, guni itu kosong dan yang tinggal hanyalah kain guni yang tiada nilai.
Somebody please help me. huhh !! it's too heavy man ! |
Kesimpulannya. Amal tanpa ilmu tidak berguna. Tersangat rugi. Penat penat kumpul harta tetapi akhirnya hilang dek kerana kelalaian diri sendiri. Sebab tu kita perlu cari ilmu untuk membolehkan kita beramal dengannya. Jika tidak, jadilah seperti 'si penarik guni bocor'.
Wallahu A'lam
Friday, 7 August 2015
salah lampu isyarat atau pemandu?
Pin ! pin ! pinnnnnn !
Haih asal la lambat sangat diorang ni bawak kereta ? Soooooo slow !
Hmmmmm....
Ada orang cakap, orang kl tak boleh bawak kereta kat jalan kampung. Alasannya sebab kebanyakan penduduk kampung bersantai santai bawak kereta dekat kampung halaman. Orang bandar sudah terbiasa bawak laju. Tak menyempat. Tak biasa bawa perlahan. Perlu cepat kejar masa. Katanya.
Ada orang cakap, orang yang bawak kereta perlahan ni 'selfish'. Tak kesah orang belakang yang terkejar-kejar nak selesaikan urusan mereka. Katanya.
Apa pula kata saya?
Bila tengok racing formula one, semua kereta dari depan sampai belakang boleh bergerak serentak waktu isyarat 'mula' berkibar megah.
Tapi.....bila masuk cerita tang lampu isyarat, mengapa orang keyel tidak alert. Walaupun traffic light sudah bertukar kaler hijau, orang yang depan sekali ambil masa 15 saat untuk bergerak, kereta kedua juga 15 saat, kereta ketiga pun 15 saat. End up hanya 4 buah kereta saja yang lepas untuk satu-satu masa.
Maka terdengarlah rungutan mereka, ish kenapa la traffic light ni cepat sangat...(?)
Alahai....
Apalah salah nya orang depan sampai belakang fokus pada pertukaran kaler traffic light. Bila hijau semua pemandu tekan minyak pada waktu yang sama maka jadilah macam dalam track formula one. Kalau dibuat nisbah mungkin 2 kali ganda iaitu 8 buah kereta boleh lepas. Ye dak?
Saya teringkat waktu naik bas rapid kl (maklumlah waktu tu kerja menuntut saya pergi ke kastam untuk selesaikan satu masalah kecik). Si pemandu bas ni sangat lah kurang fokus. Bas berhenti depan sekali dan saya juga duduk kerusi paling depan (betul betul belakang driver). Waktu traffic light merah, beliau sebok bermain phone. Saya pulak tengah seronok bersembang dengan kawan sebelah. Tapi bila traffic light hijau, pak cik bas masih leka berbalas sms (ok whatsapp). Saya pun tak sedar sebab bukan saya yang memandu. Hew hew..Sampailah traffic light kembali berwarna merah. Dan kami tidak bergerak walau seinci.
5 minit berlalu macam tu je. Tak patut kan? Entah-entah ramai je orang kat dalam bas tengah bengang (kalau yang nampak la apa yang berlaku). Bila traffic light hijau (for the second time), terus saya cakap 'pakcik jalan'. Baru lah beliau terkecoh-kecoh simpan hp.
Alahai.....
Sikap orang kita.
Concentrate all your thoughts upon the work at hand. The sun's rays do not burn until brought to a focus. -quoted-
Hebat kekuatan fokus ni sebenarnya. Cuma kita je nak atau tak nak.
Wallahu A'lam
Tuesday, 4 August 2015
wala tajassasu
Hari tu...
Sedang khusyuk makan tiba-tiba terdengar kata-kata dari seorang ustaz
---> dalam islam memang disarankan menjaga tepi kain orang. yang tak bolehnya kita menjaga dalam kain orang.
Hehe..
Addin annasihah. Agama itu nasihat. Dalam al-quran pun Allah s.w.t ada sebut 'dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat bagi orang-orang beriman'.
Jadi, menjaga tepi kain orang tu kira macam memang patut lah kan. Jaga dia supaya perkara yang dia lakukan selari dengan syariat islam. Dia pun jaga kita, bagi nasihat dekat kita kalau terbuat dosa.
Yang jenis suka jaga dalam kain orang ni sebenarnya yang bahaya. Perosak. Pemusnah. Virus berjangkit bak kata orang. Saya bagi contoh mudah. Melodi. habislahsayakalauadapapamaupunmamarazibuatspotcheck. Tipu la kalau saya cakap saya tak pernah tengok melodi. Yang saya perasan, kadang tu si penanya soalan ni kadang-kadang memang bikin panas pun. Al mithaal, mengenai rumah tangga seseorang, kalau lah retak sekalipun, tak perlu lah nak selongkar sebab musababnya. Tak perlu nak tanya siapa pemula pertengkaran. Tak perlu nak tau apa mengapa, bagaimana, bila, apa perasaan, apa tindakan selepas ni. Saya rasa yang ni kot yang dikatakan menjaga dalam kain orang. Orang tu senyap je, tapi mereka sibuk selongkar semua rahsia dia. Ish ish. Tak patut sungguh !
Cuba selak al-quran sat, surah Al-Hujurat ayat 12
" dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain "
Mencari-cari tu yang jenis suka selongkar tu. Orang punyala tutup tapi dia sibuk nak tengok apa yang ada kat dalam. Sebenarnya kalau kita nak relate kan dengan benda lain, memang terlalu banyak boleh dijadikan contoh. Sebab peliknya sifat manusia ni, sukar dan tidak suka melihat kelebihan yang ada pada orang lain. Yang buruk itu lah yang paling bercahaya dan memikat. Sampai merasa bangga menjaja keburukan orang keseluruh dunia.
Na'uzubillah min zalik.
Ya Allah, Engkau peliharalah lidahku, mataku, tanganku, kakiku, dan semua anggota tubuhku dari menjadi bahan bakar api neraka
Wallahu Subhanahu Wata'ala A'lam
Monday, 3 August 2015
semalam
Bismillah....
Semalam...
Terukir peristiwa silam
kenangan tak bisa terpadam
ku terkenang
oh semalam
Sedetik...
ku singkapi tirai memori
saat duka tiba menguji
oh semalam
telah pergi
Tuhan...
ampunkan segala dosa-dosa
Terukir peristiwa silam
kenangan tak bisa terpadam
ku terkenang
oh semalam
Sedetik...
ku singkapi tirai memori
saat duka tiba menguji
oh semalam
telah pergi
Tuhan...
ampunkan segala dosa-dosa
Moga...
hari esok ku lebih sempurna
Semalam...
ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam
Ku tinggalkan semalam
Tuhan...
Ampunkan segala dosa-dosa
moga hari esok ku lebih sempurna
Semalam...
ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam
Ku tinggalkan semalam
kian menjauh
dan semalam
terus menjauh
Takkan ku berpaling lagi
kerna semalam
pergi...
hari esok ku lebih sempurna
Semalam...
ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam
Ku tinggalkan semalam
Tuhan...
Ampunkan segala dosa-dosa
moga hari esok ku lebih sempurna
Semalam...
ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam
Ku tinggalkan semalam
kian menjauh
dan semalam
terus menjauh
Takkan ku berpaling lagi
kerna semalam
pergi...
Semalam - Mirwana
Subscribe to:
Posts (Atom)